Tuesday, 27 September 2016

70% CAWANGAN MCA MATI.. ( KOMEN GAP ARTIKEL AKAN DATANG )



Satu tinjauan rambang yang dijalankan ibu pejabat MCA baru-baru ini mendapati, kira-kira 70% daripada 4,900 cawangan parti itu di seluruh negara dalam keadaan hibernasi.


Malah, Setiausaha Organisasi MCA, Datuk Yoo Wei How yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, ada di antara pemimpin cawangan, termasuk pemuda dan wanita tidak tahu diri mereka adalah ketua cawangan atau ketua sayap.

“Sejak 1995 hingga 2004, MCA meraih kemenangan besar untuk 3 penggal berturut-turut. Ramai pemimpin dalam keadaan selesa sehingga mengabaikan perkhidmatan dan tidak mendekatkan diri dengan rakyat, akibatnya MCA berdepan kekalahan besar pada 2 pilihan raya umum (PRU) lalu,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Bahagian Kuala Kedah.

Beliau berkata, parti itu mempunyai 1.08 juta ahli, tetapi tindakan sesetengah ahlinya yang tidak menyokong calon MCA adalah satu daripada faktor parti itu kalah pada 2 PRU lalu.


Katanya, MCA sejak 3 tahun lalu berjaya mendapatkan 600,000 ahli dan jika mereka mengundi calon MCA pada PRU akan datang, maka ia akan dijadikan tiket deposit parti itu.

2 comments:

  1. Dr dulu kita dimomok asik kata dpt sokongan dr kaum sejenis dgnya... ini bukan rasis tapi kenyataan..

    Tapi bila tiba undi...jeng jengggg majoriti pangkah dap...mana sokongan tu...tempat mca menang majoriti dipangkah org melayu umno...

    Tapi lagiiiii...sebelum undi mula laaaaa ada yg buat suara keras, ada yg kata mcm ugutan...kononnnnn akan mengancam BN masa undi...

    Tak perlu byk songel...ancam ke ugut ke keras ke lembut ke pak turut ke terbukti selama ni undi majoriti ke dap......noktah.....

    Sedar tak sedar kita je yg selama ni majoriti org umno/melayu/bumiputera kata, war warkan konon kena berbagi kuasa, muhibbahkannnnnn......

    Kisah singapura tetap menjd pengajaran dan pelajaran sampai bila bila pun...sejarah yg tdk akan dilupakan.....

    Kata org sedih lihat org sana tak boleh korban lembu??? Sampai begitu sekali, nak korban lembu kena pi negara lain...jgn kita pun begitu suatu hari nanti, gayanya tunas tu dah ada..jika org islam terus lupa diri tentu bercambah tunasnya...

    Lihatlah timur tgh???

    ReplyDelete
  2. Bersatulah semua orang Melayu utk kesejahteraan ugama, bangsa & negara.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.