Thursday, 29 September 2016

JANGAN PANDANG RENDAH : BERSATU ' BOLEH ' MENGGUGAT DAN 10 KERUSI BN YANG NYAWA IKAN.


jangan dipandang rendah parti bersatu.

presiden bersatu, ts muhyidin bagitau hujung tahun dijangka akan ada pembentukan satu pakatan pembangkang baharu.

beberapa hari lepas, mukhriz bagitau jika semuanya berjalan lancar, berkemungkinan satu bentuk logo bersama akan dijadikan realiti menjelang pru 14.

dulu pemimpin umno paling ramai perlekeh dan skeptikal mengenai masa depan parti keadilan nasional kemudian pkr.

dijangka mati sebelum 2004.

pada pru 2008, pkr menjadi kerajaan negeri di selangor. bn tinggal 22 kerusi.

pada 2013, pkr menjadi kerajaan negeri di selangor. bn tinggal 12 kerusi.

bersatu pimpinan ts muhyidin yasin nampak cukup fokus di johor.  

pada pru 1999, johor kalau parti keadilan nak masuk umpama suruh palestin pi solat zohor depan mall di tel aviv.. susah dan sukar.

pru 2013, pembangkang di johor mendapat 4 kerusi parlimen dan 20 lebih kerusi dun.

hakikat menang ini bukan faktor utama pembangkang, tapi kecenderungan PENGUNDI MUDA beralih arah ... kerja di bandar pulang kampung dan menang.

setiap kali raya aidilfitri, KL atau lembah klang tinggal mat bangla ,vietnam myanmar.

perantau jumlahnya berjuta. cerita politik disampai luas ke keluarga di kampung.

itu yang berlaku pada 1999. reformasi berlaku di KL, tapi negeri yang tumbang adalah trengganu. kedah ,perlis sedikit hampir terpeleot.

politik itu sejarah. sejarah dalam politik kalau tak tau jangan masuk politik.

membaca tendency atau kecenderungan pengundi AMATLAH PENTING.

dalam kajian pasca keputusan pru 2013, terdapat 10 kerusi parlimen BN yang boleh tumbang anytime kalau kerja tak buat.

kerja tak buat bermakna tak endah pengundi baru, tak servis.

tambah boleh tumbang kalau pendaftaran pengundi baru giat dijalankan oleh pembangkang.

REPOT BARU YANG GAP DAPAT..

spr baru-baru ini keluar kenyataan pengundi yang daftar sebelum 30 september 2016, layak untuk mengundi kiranya pru berlangsung pada mac 2017.

semalam gap diberitahu, ada satu pusat daerah mengundi (PDM) di shah alam, parti bukan BN telah berjaya mengumpul 300 pengundi baru bawah kelolaan mereka tak sampai 2 minggu. ini satu PDM, bagaimana PDM yang lain. ???

10 kerusi parlimen BN yang nyawa ikan adalah 

baram majoriti bn 198
bentong maj bn 379
kuala selangor maj bn 460
cameron highland maj bn 462
beaufort maj bn 672
machang maj bn 805
kota marudu maj bn 842
titiwangsa maj bn 866
pasir gudang maj bn 935
ketereh maj bn 974

ini 10 kerusi parlimen BN yang menang nyawa ikan.. bertahunkan keputusan 2013.

sekarang 2016. jikalau pembangkang berjaya menambah peratusan pengundi sebanyak 3-5% setahun yang menyokong mereka..... ????

bagaimana pula dengan 38 lagi kerusi BN yang menang 1000 lebih ? ( nanti gap kupas )


perhatian : untuk atikel tulisan gap yang mendatang ..aku akan tulis berlandaskan pandangan terbuka aku pada 2 belah pihak ..kekuatan dan kelemahan.. 



4 comments:

  1. TSMY dah bagitau dah dalam PAU 2014 dulu. Kalau jumlah undi swing 5% kepada pembangkang, BN boleh tumbang. Angka tu dah dibentang. Cuma UMNO masih berasa kuat sampai TSMY pun disingkirkan. Eloklah tu.

    ReplyDelete
  2. Betul GAP,UMNO jgn pandang sebelah mata, takut lama2 jd buta

    ReplyDelete
  3. Munafiq ke apa blogger ni. Nama blog GAP = Gerakan Anti PKR.
    Bukan Bersatu Matdey nak bergabung dgn PKR ke dlm pakatan Barisan Rakyat?
    Siap pergi menyondol jumpa Nuar kat mahkamah baru-baru ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn harap sabah fixed deposit BN...

      Delete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.