Tuesday, 20 September 2016

LIEW CHIN TONG DAN POLITIKAL RE-ALIGNMENT : UMNO/PAS VS PKR/PAN.


baca kupasan liew chin tong ahli parlimen dap dari kluang.

liew sama akal analisisnya dengan ong kian ming. mereka berdua ini pelapis ketiga dap yang bercakap dan menulis menggunakan angka, statistik dan jangkaan.

dalam politik kepelbagaian cabang pandangan adalah wajib diambil kira, waima cadangan itu asalnya nampak langsung tak praktikal.

liew chin tong tak sama dengan jeff ooi.. jeff ooi ni asal photographer dan banyak menulis di awal pembentukan malaysiakini.. beza jeff oi dan liew, jeff lebih provokatif dalam berpolitik dan sebarang usul istilah hak, demokrasi dan perkataan bombastiknya TAK SELARI dengan otak kaki provok beliau.

jeff oi lebih kurang nga kor ming, provokatif low class dia sama standard dengan alvin dan namewee.. serius, dalam mana-mana organisasi dan perkumpulan ras, sudah tentu ada otak dan bodoh individunya..

dalam pimpinan dap, individu yang wajar dihormati kerana kelas beliau membezakan politikal provok dan kemajuan, adalah tan seng giaw.

semalam liew keluarkan analisis beliau mengenai politikal re alignment melibatkan pas dan umno khususnya di selangor.

dalam analisis akhbar nan yang, mereka menjangkakan akan ada konsensus atau persetujuan untuk umno dan pas tidak bertanding sama sendiri, dalam kesemua dun yang dipertandingkan.

dulu, umno lawan pas.
dulu pas lawan umno.
perkara ni dah berlangsung sejak 13 pru yang lepas.

namun status quo mungkin berubah.

mengikut analisis nanyang, umno akan lawan pkr dan pas akan lawan amanah di selangor.

ini bermakna, kerusi majoriti pengundi melayu dan campuran yang melibatkan peratusan pengundi melayu ada tinggi sedikit daripada pengundi bukan melayu, maka itu kerusi yang akan ditempuh oleh gabungan umno/pas vs pkr/amanah.

pada pilihanraya kecil parlimen sungai besar, ada perlawanan 3 penjuru.

umno lawan pas lawan pan.

umno menang.. itu semu tau.

cuma yang perlu diketahui di sini adalah pertembungan pertama pas lawan parti serpihannya iaitu amanah telah mencatatkan keputusan pas tewas di tangan amanah.

dalam melihat hampir keseluruhan pola pengundi berteraskan kaum DI SELANGOR, peratusan atau margin pengundi melayu melebihi pengundi bukan melayu di kawasan parlimen dan dun tidak sejauh dan setinggi mana.

perbezaan 5 hingga 10 peratus sahaja yang membezakan.

nanyang melontarkan berkemungkinan ide umno/pas vs pkr/amanah bakal berlaku.

PERSOALAN BESARNYA ADALAH..

siapayang bakal dapat kerusi yang ada 'sedikit untung' dari siapa ?

adakah pas akan melepaskan kerusi totok kepada umno ?
adakah umno akan melepaskan kerusi totok kepada pas ?
bagaimana pula dengan kebarangkalian kerusi kelabu ?
hitam... putih ?

jika melihatkan move dan mood sokongan pengundi di selangor, jelas dan nyata kemaraan gabungan pemerintah negeri ( komposisi pkr/amanah/dap ) jelas mendapatkan sokongan pengundi urban dan semi urban,

kerusi bandar mca/gerakan/mic dan tak mampu nak menyaingi dap.

semi urban sudah tumbang ke tangan pemerintah pada pru 13 lepas.

BN di selangor kedudukan dun pada 2008 memiliki 22 kerusi dun, kini tinggal 12 pada pru 13.

jajaran geografi dun di selangor tidak seperti sarawak. di sarawak ada dun sebesar pahang jadi keupayaan logistik dan info mengalami kesukaran untuk ditembusi.

di selangor, ke utara, ke selatan , timur dan barat selangor amat mudah dihubungkan.

melihatkan keputusan kawasan kampung seperti contoh parlimen kuala selangor, kerja keras perlu dilakukan.

cerita politik mengenai rumah murah di selangor bukan faktor utama pengundi. 

cerita politik mengenai cadangan memberikan pemaju untuk memberi loan dengan bunga tinggi satu lagi cadangan tak praktikal dan boleh membunuh ekonomi pembeli dalam jangka masa panjang.

dalam kesuntukan masa dan keadaan, politik tak perlu cakap yang tak praktikal.

rancangan jangka pendek, tepat pada kawasan pengundi patut diutamakan.

sebenarnya sasaran kelompok pengundi boleh dilakukan..
tapi politik tak pandang dan tak nampak..
kalau kelompok masyarakat besar ini dijaga, semua parti boleh dapat undi.

siapa ? cari jawapan sendiri.

soalan umno perlu tak JV politik dengan pas ?
banyak perkiraan perlu diambil kira.

JV sebegini, adakah umno sedia membiarkan pas memerintah lagi di kelantan ?

adakah JV ini bermakna trengganu umno sedia bagi pada pas ?

bagaimana kedah dan perlis ?

adakah setiap negeri keputusan politik perlu berbeza ?

perkiraan mikro dan makro wajib diambil kira.. jangan hanya kerana syok nak rampas selangor, negeri lain dikorbankan..

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.