Monday, 26 September 2016

PANDANGAN GAP TERHADAP PAS : MEMBANTU ATAU MENIKAM UMNO ?


macam gini... pertama korang harus fahamkan dengan amat jelas..

pindaan RUU 355 wajib disokong oleh semua orang islam di malaysia. 

tak kisah dia penyokong parti mana, penghidap kanser, penyokong tottenham hotspurs yang kini menduduki tangga ke 2 EPL, penyokong brock lesnar,peminat UFC, budak hipster, penyokong zizan, melayu korporat , penyokong red giant, penyokong gerakan anti FAM siapa sahajalah wajib menyokong.

RUU 355 ini hanya menyentuh bab penambahbaikan jenis hukuman yang menyentuh bidang kuasa mahkamah syariah dalam peri hukum zina, khalwat,perkahwinan umat islam dll..

tak baikkah usaha ini ?

baik.. pasal menyokong dan sokongan ini harus didokong oleh semua kerana berpegangkan kepada istilah TAK PERLU TAKUT KALAU TAK SALAH.

dalam islam, banyak kaedah preventiv dinyatakan dalam quran dan hadis supaya membawak manusia untuk menyakini akan hukum beriman faith kepada tahap tertinggi.

MASALAHNYA SEKARANG..

adalah apabila benda yang melibatkan elemen ini dalam situasi sekarang perlu di pertandingkan dalam bentuk undian dalam parlimen, sebagai mendokong unsur demokrasi berperlembagaan bilamana setiap usaha yang melibatkan undang-undang negeri ( enakmen) perlulah mendapatkan kelulusan parlimen di peringkat tertinggi.

bila elemen ini 'diperbahas dan dipertandingkan' maka seharusnya pas sewajibnya lah menyediakan segala kelengkapan hujahan dalam pelbagai bentuk untuk menyakinkan masyarakat akan kebaikan usaha ini.

pas tak seharusnya menyalahkan orang lain kiranya usaha ini gagal.

sekadar melawat dan membuat kunjungan tidak berupaya menyelesaikan kehendak.

dalam sesi pertemuan pas dengan persatuan hokien, dikabarkan persatuan hokien tetap menolak usaha ini .. itu hak mereka.

oktober sesi parlimen bakal berlangsung.

pas semakin suntuk untuk mendapat masa dalam memperoleh sokongan.

adakala aku berfikir pas ni tak berfikir panjang. 

harus difahamkan, bilama sebarang usul melibatkan keperluan undian dalam parlimen, maka sewaajrnyalah priority atau waktu amat penting.

tak salah menunggu ahli islam majoriti dalam parlimen.

di saat ini pas sudah berpecah dua.
pas kepada pan. kebanyakan ahli parlimen pas separuhnya sudah menjadi pan.
di sini undian dah makin berkurangan.

pkr dan dap sudah menyatakan pendirian untuk tidak menyokong usul. asas jawapan mereka, priority bercakap mengenai penyelesaian masalah majoriti rakyat wajib diutamakan dahulu. ada benarnya kalau difikirkan.

ahli parlimen BN dari sarawak dalam pertemuan gap dengan beberapa orang mereka pada open house raya dah nyatakan pendirian tidak menyokong.

begitu juga ada suara dari ahli parlimen BN sabah.

sekarang... now,.. umno bagaimana ?
adakah umno akan menyokong usul ini ?

jika menyokong, bagaimana pula dengan bantahan rakan komponen lain ?

risiko nya terletak di sini.. di sini jelas nampak pengakhiran politik, jika di kenali perangai pas sebagai parti yang suka menyalahkan orang lain.

pandangan gap, usul ini bakal menemui kegagalan.
selepas itu apa ?

pas yang ada sekarang adalah pas totok, yakni pas yang wujud sebelum polemik politik 1998.

pas yang ada sekarang adalah pas zaman kaset, pas minyak attar dan sezamannya dengannya. 

kumpulan muda dalam pas sudah beralih arah kepada pan.

pas yang ada sekarang diketuai oleh hj hadi, presiden pas yang bakal direkodkan dalam politik sebagai presiden kedua selepas asri yang memecahkan parti pas.

sebenarnya inilah politik dejavu.

sungguh ironi bilamana pada muktamar pas di dewan bahasa dan pustaka pada awal 1980an, group hj hadi, arwah dato fadhil mustafa ali yang mengetuai gerakan muda pas menumbangkan asri.

kini di bawah pemerintahan hadi jugalah, kumpulan muda pas tekad melawan dan akhirnya meninggalkan pas.

di bawah hj hadi, pas telah berpecah dua.
di bawah hj hadi juga, barisan alternatif yang dibentuk selepas 1999 berpecah.
di bawah hj hadi juga, pakatan rakyat berpecah.

pas bercakap mengenai kehebatan erdogan, tapi gagal menghafal taktikal erdogan dalam melawan halus jurus tentera di turki.

orang bercakap mengenai bakal kerjasama pas dan umno. dilema dan praktikalitinya, kerjasama yang bagaimana ?

adakah bersedia totok pas ini bakal memangkah umno ?
jawapan 100% gap, no way.
mereka lebih sedia tak keluar mengundi daripada memangkah umno.

kerjasama pas dengan parti berjasa dan ikatan seumpama melempiaskan syahwat politik aje.. tak kuat mana .

jangkaan kiranya pindaan RUU 355 tidak berjaya...

tidak mustahil pas akan menyalahkan umno dll... mudah cakap mungkin begini dialog nya..

'ahli pas, kita sudah membentangkan RUU 355 di parlimen, tapi telah ditolak.. tidak disokong oleh pan dan umno bla bla bla'..

maka bermula elemen blame game sepertimana biasa pas lakukan terhadap umno..

FAKTOR TERBESAR YANG TIDAK MEMUNGKINKAN PAS KERJASAMA DENGAN UMNO !

adalah dengan  kehadiran tuan berahim tuan man sebagai timbalan presiden pas.

beliau dikenali sebagai penentang tegar umno..

adakah gila untuk hj hadi sedia merasmikan kerjasama pas dengan umno kerana jika ini berlaku, MAKA PAS SUDAH PASTI AKAN BERPECAH DUA KALI DALAM MASA SETAHUN.

adakah hj hadi se 'gila' begitu ?

dalam menuju RUU 355, umno harus fikir masak2 akan sokongan 'undi' dari sabah sarawak.


5 comments:

  1. Pindaan RUU 355 tidak lebih dari lagu pas menjelang pru14. Tujuannya hanya meraih sokongan orang melayu untuk mengundi calon pas dalam pru akan datang.
    jika dahulu hukum hudud pas adalah lagu wajib diputarkan setiap menjelang pru dan juga pemilihan pas, kini ianya telah lapuk dan berkarat. untuk mengekalkan sokongan dan undi, maka pas terpaksa mencipta lagu baru untuk didendangkan kepada pengundi melayu menjelang pru14 nanti.
    pemimpin pas peduli apa jika ruu 355 tidak menjadi kenyataan. apa yang penting bagi mereka lagu ruu 355 akan terus dimainkan dan menyalahkan pihak lain kononnya menolak islam pas.
    sejak dulu lagi, pas hanya modalkan air liur dalam meraih sokongan undi rakyat kononnya pas menegakkan islam.
    perjuangan islam pas hanya topeng untuk menang jawatan wakil rakyat saja. pas bukan minat untuk bekerja mentadbir negara pun. pemimpin pas suka menghabiskan masa menyanyi lagu hudud dan kini lagu ruu 355 pula..

    ReplyDelete
  2. PAS MASIH GUNA SLOGAN "PAS FOR ALL" sedangkan mereka telah "ceraikan" PAKATAN RAKYAT setelah DAP menjatuhkan talak terhadap PAS. Namun masih " tinggal serumah" di Selangor. Pelek bin Ajaib

    RUU 355 hanya untuk menambahbaik kuasa Mahkamah Syariah dalam mengenakan "hukuman" ke atas kesalahan di bawah Enakmen. Tapi kempen PAS (termasuk menerusi poster/kain rentang ) seolah-olah PAS membentangkan satu RUU baru untuk apa? pasti untuk cari publisiti /keuntungan PRU ler....

    Perlu di ingat oleh ahli-ahli UMNO tentang AMANAT HAJI HADIR SAMPAI HARI BAHAWA AHLI UMNO ADALAH "KAFIR" NIKAH UMNO TAK SAH/SEMBELIHAN ORANG UMNO HARAM/ TAK BOLEH BERIMAMKAN ORANG UMNO TAK SAH DAN BERBAGAI LAGI. Tujuan PAS membentangkan RUU 355 hanya bermotifkan POLITIK demi undi orang Islam. Itu sahaja sedangkan mereka masih menganggap orang Islam yg menyokong BN/UMNO tetap kafir....

    ReplyDelete
  3. Pandangan yg tepat...dr dulu pas tdk akan memangkah umno walaupun majoriti umno adalah muslim...tapi dgn mudah bekerjasama dan memangkah parti lain yg majoriti bukan muslim...

    Masa kita semakin pendek...percaya atau tdk...10 thn mendtg masa tenang tak tenang, aman tak aman...paham paham ajelah...

    Bersatulah kita semua sebagai muslim yg tdk sesekali jd pengikut dajjal atau org suruhan dajjal...masa semakin pendek....

    Dlm tempoh ini kita akan lihat org org di seluruh dunia yg dikenali sebagai ulama ulama akan meninggalkan dunia ini...

    Jgn biarkan diri terpengaruh dgn dajjal..pengganas...atau org yg mau memecahbelahkan ummat...

    Musuh islam dimana mana tapi jgn jd bodoh mengikut org yg mengaku imam mahdi...nabi saw kita menyuruh mencari imam mahdi berdasarkan petunjuk yg diberi... bukan mengikut pengganas...

    Bersatulah semua muslim....berjaya atau gagal ruu itu, kita semua bersatulah..jgn menyalahkan sesama muslim...jgn mencari alasan utk meletak kesalahan ke bahu org lain..

    ReplyDelete
  4. Attaching yourself obsessively to a single group/school/scholar shackles your mind, causes your heart to develop hatred for other Muslims, forbids you from benefiting from the various scholars of this Ummah, and does away with your impartiality in discussing issues. Stick to the rope of Allah and do not be divided.
    Shaykh Omar Suleiman

    ReplyDelete
  5. Umat Islam diMalaysia tidak kira kedudukan wajib sokong. RUU355. Yang tak mahu sokong biarkanlah mereka bergelomiang dengan LGBT Gay atas bawah depan belakang suma boleh. aLLAHUAKBAR.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.