Wednesday, 21 September 2016

TIADA PAKATAN PAS/UMNO DI SELANGOR KATA PAS SELANGOR.


 PAS Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan parti itu kini sedang berunding dengan Umno negeri untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Setiausahanya Khairuddin Othman berkata PAS Selangor komited untuk mempertahankan kerajaan negeri sedia ada dan menentang Umno secara ‘1 lawan 1’ pada PRU akan datang.
“PAS Selangor tiada kaitan dengan Umno Selangor. Kami tidak pernah berjumpa, berbincang atau mengeluarkan cadangan seumpama itu,” katanya kepada FMT.
Muka depan akhbar Nanyang Siang Pau 18 September lalu mendakwa PAS dan Umno Selangor sudah berunding bagi mengelakkan pertembungan dalam PRU akan datang, dan sedang menunggu kata putus daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

1 comment:

  1. Kenapalah PAS ni selalu dibuai mimpi. Otak mereka ni letak dimana? Di kepala lututkah? Tidak sedarkah mereka bahawa tiada istilah 1 lawan 1 semasa PRU nanti. Mereka perlu berhadapan 1 lawan 1 lawan 1 lawan 1 lawan 1. Ada faham ka?

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.