Wednesday, 5 October 2016

ANALISIS PRU 14 : DIJANGKA ANTARA YANG PALING MENARIK DALAM SEJARAH PRU.


dalam pertemuan gap dengan beberapa orang politik, aku dibagitau bahawasanya TIADA penambahan kerusi parlimen yang baharu. 

yang berlaku adalah persempadanan semula dan penukaran nama lama ke baru.

sampai sekarang gap tak dapat detail mengenai isu ini. namun jika bersandarkan kepada kenyataan ds ali rustam, tony pua dll pimpinan politik baik BN atau pembangkang, mereka tiada highlight kan 'isu penambahan kerusi parlimen' sebaliknya mereka bercakap mengenai penyelarasan semula titik persempadanan parlimen dan dun.

jika fakta di atas benar ( kalau salah maaflah ya ) maka status quo 222 kerusi parlimen kekal.

ramai dah bercakap mengenai pru 14. kita wajib dengar dari semua pihak untk kenalpasti isu perbincangan teratas.

jelas di sini, arah tuju game ini berkisar hot mengenai pertembungan 222 kerusi parlimen. cakap mengenai dun dah bekurangan walaupun ada sedikit kicau , tapi senyap begitu sahaja.

kerusi parlimen dijangka menjadi topik perbualan paling hangat bilamana akan ada pertembungan bekas pimpinan umno dan umno itu sendiri.

dikabarkan parti bersatu sedia meminta untuk bertembung satu lawan satu di 88 kerusi yang umno menang pada pru 13 yang lepas. namun cadangan ini masih diperingkat awalan dan belum menunjukkan konsensus black and white antara partai... masa yang  mendatang  pasti akan mewujud dan menzahirkan keputusan.

saat ini pembangkang masih dalam proses 'penyelarasan' peringkat tertinggi. manakala di pihak BN pula dikabarkan parti komponen sudah sedia untuk bertembung sekali lagi dengan lawan politik.

beberapa faktor harus diambil kira baik pihak BN dan pembangkang dalam pembawakan isu.

dalam setengah kategori geografi kerusi parlimen, isu setempat masih lagi menjadi soal bicara dan kehendak pengundi.

di sabah dan sarawak berbeza isunya.
di kawasan perbandaran semenanjung berbeza isunya.
di kawasan semi urban, lain kehendaknya.
manakala di kawasan luar bandar lain pula keperluannya.

ahli parlimen yang servis baik pengundi dijangka tiada masalah mengekalkan kerusi walaupun apa jugak isu luaran melanda. sebenarnya kalau diamati, double work ahli parlimen luar bandar lebih membebankan namun ia boleh mendatangkan pulangan jika servisnya baik.

isu konsumerisme dijangka menjadi topik besar walaupun hits nya dalam perbincangan media tidak sekuat yang lain. konsumerisme faktor besar yang kalau enggan/tidak endah ditangani boleh membawa kesan negatif pada BN.

secara jujurnya masyarakat tak pandang pada angka dan unjuran kdnk, prestasi semasa saham, nilai dagangan, pendapatan perkapita negara meningkat dll.. maaf cakap, public punya perbincangan isu lebih realistik dan semasa topiknya. ( fuhh nasib baik derih jala dah takde ) 

public bercakap mengenai susu bayi yang mahal, ikan kembong sekilo , daging hati limpa, sayur, susu tin, teh kopi, belanja sekolah anak, kos harian dll.

public dalam kategori pasangan nak kawin atau baru kawin bercakap mengenai kos hidup pasangan.

beli rumah harga 400k ke atas, campur gaji bank kata tak cukup. maka sewalah. kalau sewa pulak nak taknak lokasi paling strategik dekat dengan ofis, pasal mikirkan kos harian.

yang tak mampu beli rumah, nak taknak kena sewa. sewa pulak standardnya terpaksa berlandaskan kepada owner punya hutang kat bank. kalau apartment keluasan 900sq kat shah alam, RM400k harga. didarab dan kali, setiap 100k purata bayaran RM400-RM500. kali empat jadi RM2k lebih kurang..

kos kereta dan motor perlu dikira... ni semua cakap biasa yang dah didengari ..pemaju bila menggila naik harga rumah, beban pada pengguna dan yang kena ... ( tak paham lagi ) baik federal atau state projek.

masa prk sungai besar, bloger det ada bagitau aku kejadian kat pasar. sorang pak menteri ( tengah kempen ) jumpa lelaki tengah dukung anak. pak menteri tanya, macamana harga ( tak ingat ikan ke daging ) kat sini..

pemuda tu jawap mahal..
pak menteri tu kata takde lah..okay je..
pemuda tadi sound tepek, memanglah tak mahal untuk dato, dato kaya bolehlah !

pak menteri terus belah...( takyah disebut sapa )

soal pengganguran amat subjektif. kalau ditanya peluang kerja, ada orang sanggup buat apa kerja untuk mendapat gaji. namun bagi kelompok yang 'memilih' mereka tiada pilihan selain buat dulu apa yang ada .

semalam ts anuar musa selaku ketua penerangan bercakap depan seluruh ketua penerangan umno memberitahu umno perlu segera dan menjadi semula ofensif dan tidak lagi defensif... mungkin isunya berkisar 1MDB yang sedang menjadi bahan bicara...

ts anuar musa harus membekalkan banyak info kepada jentera mengenai isu, jika tidak payahlah mereka mengulas hujah .

dalam perkembangan terbaru, jika berlakunya pilihanraya awal yang dijangka selewatnya april 2017, akan kedapatan 40% jumlah pengundi baru bakal mengundi.

adakah pihak BN dan pembangkang sudah mengenal pasti kecenderungan isu perbincangan kelompok ini ? 

sudahkan memahami mereka ? harus diingat, pengundi baru generasi ini punyai keberanian untuk sedia melawan arus.

sudahkan BN dan pembangkang membuat revision pada setiap kecenderungan peti undi SALURAN satu, dua,tiga,empat ?

analis perbandingan tahun pilihanraya sudahkah dikaji ?

score sheet yang dah berhabuk tu elok di lap balik bukunya untuk ketahui kawasan mana yang tewas dan menang.

calon bagaimana ?
disukai atau bakal disabo seperti telah berlaku pada pru 13 ?

stail kempen masih lagi stereotaip ala filem zaman badol tahun 80 an kah ? 

kempen memekak rempit nak digunapakai lagi kah ? sebenarnya dalam kempen pilihanraya rempit bawak bendera ini, ada cerita ianya tidak disukai oleh pengundi yang tidak berpatisan..

bersambung
( isu kerusi parlimen yang tak selamat )

2 comments:

  1. Ya Rabb, satukanlah kami rakyat Malaysia khususnya umat Islam..dan lemahkan kekuatan musuh2 Islam dan gagalkan segala tipudaya mereka. Aamiin.


    Āli `Imrān:28 - Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian MAKA tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

    An-Naĥl:95 - Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.

    Jamuan (Al-Mā'idah):8 - Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

    Al-Mumtaĥanah:13 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.

    Wanita (An-Nisā'):139 - (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.

    Cahaya (An-Nūr):12 - Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata".

    Keluarga 'Imran ('Āli `Imrān):160 - Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.

    Al-Jāthiyah:19 - Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).








    ReplyDelete
  2. Tq bro, tulisan bro terkini lebih terbuka.

    Harap bro terus begini.

    Apa stand bro sama ada sokong najib ke tak itu terpulang

    Sebab akhirnya yang lebih penting bukan najib.. tapi seluruh rakyat malaysia

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.