Monday, 17 October 2016

PEMUDA PAS KATA UMNO GAGAL DIDIK MCA.. ( YANG DIA GAGAL DIDIK PKR/DAP MACAMANA PULAK ? )


Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Umno perlu menilai semula kerjasama dengan MCA jika benar parti komponen BN itu menolak untuk menyokong pindaan RUU Akta 355 di Parlimen.

Beliau berkata, tindakan tersebut menunjukkan Umno gagal mendidik parti komponen mereka untuk menghormati agama Islam sehingga boleh campur tangan dalam urusan agama orang lain.
“Akta 355 ini jelas sekali tidak libatkan orang bukan Islam. MCA pula secara terangan cuba campur tangan dan menentang perubahan dan pindaan akta ini. Sedangkan mereka sedar ia tidak melibatkan mereka.
“Ini buktikan kegagalan Umno didik mereka hormat hak umat Islam untuk bebas melakukan suruhan agama di negara ini.
"Namun begitu, saya juga masih belum yakin sepenuhnya MCA akan menentang pindaan ini kerana nasib politik mereka bergantung pada Umno,” kata Ahmad Fadhli , memetik laporan Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Chai Kim Sen yang menafikan parti itu tidak akan menentang rang undang-undang dikemukakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hari ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata pihaknya akan memastikan rang undang-undang (RUU) ahli persendirian Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 tidak akan dibahaskan di Parlimen walaupun telah disenaraikan sebagai perkara keempat dalam kertas aturan mesyuarat.
Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan memberitahu, sayap-sayap utama parti telah turun padang untuk membantu memahamkan lagi orang ramai mengenai akta tersebut.
Sehingga kini, beliau berkata, sambutan yang diterima sangat menggalakkan terutamanya jelajah yang melibatkan kawasan-kawasan di 14 Parlimen di negeri ini.

“Malah kita juga akan turun padang ke setiap Dun untuk beri penerangan yang lebih khusus dibantu pula dengan pengedaran risalah-risalah mengenai perkara tersebut di semua tempat-tempat tumpuan orang ramai,” ujar beliau lagi.

3 comments:

  1. Mereka (MCA) ini bukan budak budak kecik yang belum sempurna lagi akal fikiran nya. Tetapi yang nyata mereka ini takut dengan sesuatu yang mereka tidak mahu untuk cuba fahami atau pun mereka cuba untuk menjadi "hero" di kalangan orang2 Cina bukan Islam.


    Kita fikir sebagai orang Islam tidak kira apa pun fahaman politik kamu adalah menjadi tanggung jawab kita semua untuk menyokong sebarang usaha untuk memperkasa kehidupan cara Islam. Laksanakan dulu perundangan Islam supaya semua orang bukan Islam tahu dan nampak bahawa perundangan Islam tidak merbahaya seperti yang mereka sangkakan. Ketika itu nanti mana mana pemimpin orang bukan Islam tidak ada modal lagi untuk menentang apa sahaja tentang ugama kita.

    ReplyDelete
  2. MACAM ORANG BARU SEDAR DARI TIDUR/MIMPI. ORANG DULU MENGIGAU DI SIANG HARI APA? SEDARLAH SIKIT PAS OOOOI, RUU AKTA 355 HANYA CADAGAN UNTUK TAMBAH BAIK SAHAJA BUKAN UNDANG-UNDANG YANG DIGUBAL OLEH PAS. SEDARLAH SIKIT SEOLAH-OLEH PAS YANG WUJUDKAN UNDANG-UNDANG TU. HANYA CADANGAN UNTUK TAMBAH HUKUMAN-HUKUMAN YANG SEDIA ADA. KEPADA AHLI PAS SEOLAH-OLAH UNDANG-UNDANG TU PAS YANG GUBAL. NGOK BETULLAH. DALAM PADA ITU, HADI AWANG "BERBAIK-BAIK" DENGAN UMNO DENGAN ADA TUJUAN POLITIK. KALAU JUJUR DAN IKHALAS, SURUH HADI AWANG TARIK BALIK AMANAT DIA YANG KATA "ORANG UMNO KAFIR/NIKAH ORANG UMNO TAK SAH/SEMBILAHAN ORANG UMNO HARAM DSBNYA. TAK SEDAR-SEDAR LAGI KE ORANG PAS? NASIB BAIK KORANG DENGAR CAKAP ORANG MELAYU SUPAYA JANGAN BERSEKONGKOL DENGAN DAP.....RASA SAYA BUAT SEKARANG PAS PURA-PURA JE TAK MAHU "BERSUBAHAT" DENGAN DAP. BELUM MENANG PILIHAN RAYA....ITU NAMANYA HIPOKRIT POLITIK (DALAM BAHASA AGAMA "MUNAFIK POLITIKI)

    ReplyDelete
  3. Pemuda pas gagal tengok cermin. Pkr yg ramai mp melayu juga gagal disekolahkan oleh pas, nak salahkan umno konon. Ni jenis lupa daratan, umno sokong ruu 355, sekali pemuda pas gigit la pulak. Apa jenis politiklah pemuda pas ni..

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.