Tuesday, 4 October 2016

POLITIK SABAH MENIRU SARAWAK ?


naib presiden pkr keluar parti dan join parti yang bakal ditubuhkan oleh bekas naib presiden umno, ds shafie apdal.

semalam lajim ukim keluar parti dan membentuk parti baru.

begitu juga dengan pimpinan dap dari sabah sedia menyertai parti baru.

rahman dahlan dakwa ini bukti kerapuhan pembangkang di sabah.

sebenarnya kalau diamati, mereka keluar dari PARTI YANG BERASAL DARI SEMENANJUNG iaitu pkr dan dap lantas sedang membentuk parti berteraskan sabahan.

bilamana hakikat pengunduran pimpinan pkr/dap dari sabah langsung tidak mendapat sebarang bantahan dari semenanjung, maka sesuatu yang besar bakal berlaku.

kejayaan ketua menteri sarawak yang banyak menggunakan 'ruang dan peluang' untuk sarawakian dijadikan modal untuk politician sabah untuk apply bersungguh demi sabah menjelang pru 14.

ketua menteri adenan satem dilihat contoh terbaik politik 'memulang  dan memberikan semula kepada sarawak'.

umno sabah jangan memandang ringan sebarang 'proses re alignment' politik yang berlaku di sana.

harus diingat berulang kali, beberapa KERUSI PARLIMEN DI SABAH yang menang majoriti bawah seribu undi ada 2 iaitu

parlimen kota marudu ( bn menang majoriti 842 )
parlimen beaufort ( bn menang majoriti 672 )

rahman dahlan perlu lihat suasana ini dari pelbagai sudut ..


1 comment:

  1. Rahman Dahlan tu Samdol Badigol!!!

    Orang keluar parti lain sebab nak masok Parti Orang Sabah.

    Rakyat dah semakin meluat dengan Parti Semenanjong.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.