Tuesday, 4 October 2016

UMNO TRENGGANU 'RUGI' BESAR .. GUANE NI ? CER KABO

KUALA TERENGGANU: Ketua UMNO bahagian seluruh negeri diminta mengesan lebih 33,248 ahli parti yang belum berdaftar sebagai pemilih.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, berkata jumlah keahlian UMNO seluruh negeri hingga Julai lalu adalah seramai 278,543.
Bagaimanapun, katanya, hanya 245,295 ahli UMNO berdaftar sebagai pemilih dan layak mengundi.
Katanya, kempen itu bukan hanya menggalakkan ahli UMNO berdaftar sebagai pemilih, malah memberi peluang kepada rakyat berusia 21 tahun ke atas, termasuk bukan ahli parti berdaftar sebagai pemilih. Fakta Nombor:
*278,543 ahli UMNO di seluruh negeri
*245,295 berdaftar sebagai pemilih
*33,275 ahli UMNO belum berdaftar sebagai pemilih
-Berita Harian

1 comment:

  1. Orang Umno ni kena hulur dulu baru nsk buat kerja. Perasan masih kuat lagi padahal dah tinggal nyawa2 ikan. Nasib baik lah mat said tu masih sayang lagi kat umno walaupun kena buli macam2 oleh Najib...kalau tak dah lama hanyut

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.