Friday, 4 November 2016

ADUN BN SELANGOR YAKIN GABUNGAN PAS DLL PARTI TAK BERJAYA..


Pimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor yakin PAS tidak berpeluang mewujudkan pertembungan 1 lawan 1 dengannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang-BN, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata perebutan kerusi tentunya akan berlaku di kalangan parti pembangkang sekiranya mereka bergabung.
“Idea 1 lawan 1 ini pastinya tidak boleh dilakukan kerana di setiap kerusi PAS ada Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding. Begitu juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ia nak bertanding kerusi yang mana? Nak ambil kerusi siapa? Nak ambil kerusi PAS, PKR atau DAP?
“(PPBM) sebagai parti yang dipimpini (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad tentunya memerlukan sekurang-kurangnya 80 kerusi. Semua kerusi Umno (PPBM) kena lawan. Siapa nak beri laluan padanya? Saya jangkakan wujud perebutan kerusi,” katanya kepada FMT di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.