Tuesday, 1 November 2016

ALASAN REEZAL MERICAN PERTAHAN HUSNI ..


malam tadi di ceramah yb husni di shah alam. ekpektasi hadirin ( 60-70 % ) ahli ikram aka JIM aka gang saari sungip aka bukan abim aka PAN mengharapkan akan dan lebih detail lagi dari husni mengenai isu kewangan negara dan 1mdb.

tapi husni dah start kereta, cuma ... taknak jalan aje.  media pulak dilarang rakam.patutnya penganjur bagitau awal media tak boleh rakam, jadi tak payah media datang.

kat bawah petikan FMT mengenai alasan reezal merican ( masih atau bekas PAC ) mengenai tindakan husni dalam parlimen.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini mempertahankan tindakan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, ia adalah hak bekas menteri kewangan itu selaku wakil rakyat untuk mempersoalkan isu 1MDB.
“Saya tak kata tak amanah. Dia punya hak untuk tanya, untuk ceritakan perkara dalam perbincangan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Buku “Being Abdullah Ahmad Badawi” di Pusat Konvensyen Sime Darby, hari ini.
Timbalan menteri luar itu berkata demikian sebagai mengulas gesaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu seluruh Kabinet disoal siasat berhubung skandal 1MDB, jika Husni akan disiasat kerana membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Pemimpin parti Islam itu berkata, Husni tidak perlu disoal siasat, sebaliknya keseluruhan Kabinet perlu disiasat adakah mereka sengaja mengelirukan orang awam mengenai 1MDB, selain soalan Husni perlu dijawab polis dan peguam negara.
Minggu lalu, Husni mempersoalkan motif kerajaan menubuhkan 1MDB yang didakwanya menyaksikan banyak penggelapan berlaku tanpa dikenakan tindakan, selain mempertikaikan wang AS$4 bilion (RM16.69 bilion) dilaporkan dalam Aabar Investment PJS Ltd, yang tidak dimiliki IPIC.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.