Tuesday, 29 November 2016

KHALID PERSOAL PENJARA 30 TAHUN DALAM RUU 355 ( PAS SILA JAWAP DENGAN HUJAH TEKNIKAL PLEASE )

Ahli Parlimen Amanah menggesa PAS berfikir dengan lebih teliti berhubung rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 24 November.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempertikaikan hukuman “ketat” PAS terhadap pesalah syariah dengan hukuman maksimum termasuk 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.
“Persoalannya, adakah kita nak penjarakan pesalah syariah sama seperti dilakukan kepada penjenayah tegar? Fikirlah dulu. Namun, sekurang-kurangnya ia ada had tetapi kami perlu berbincang untuk memperhalusinya lagi,” katanya.
“Sekurang-kurangnya sekarang orang tidak akan bertanya sama ada mereka akan dipotong tangan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud mempersoalkan mengapa PAS lebih cenderung memberi penerangan kepada rakyat dan bukannya ahli Parlimen mengenai cadangan pindaan RUU itu.

3 comments:

  1. Memang lah si khalid gereja ni akan mempersoalkan segala pemerkasaan mahkamah Syariah....tetapi undang2 dan hukuman mahkamah sivil yg asalnya dari kapir England, si khalid geteja ni tak nak persoalkan?
    Maklumlah...terlajak sup tulang babi dgn bos besar DAP. Segala perjuangan adalah demi kepentingan kapir. Yg penting ladang babi terus maju....itulah perjuangan baruah2 DAP yg kononnya beragama 'Islam' tetapi berlagak lebih kapir dari kapir.

    ReplyDelete
  2. PAS dan kebangangannya makin terserlah... menegakkan hukum dgn rasa dia betul segala

    ReplyDelete
  3. Sikit sikit hina agama dan sensetive
    Takkan agama begitu lemah tak boleh
    Di soal tanya

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.