Wednesday, 23 November 2016

PENDAPATAN SEKITAR RM1500 LAYAKKAN IBUBAPA HANTAR ANAK KECIL KE PROGRAM PERMATA.



hujung tahun bakal menjelang. awal tahun bakal tiba. persekolahan anak-anak kecil yang nak dihantar ke tadika mula dibuka.

kepada ibubapa yang di perbandaran dan luar bandar yang income sekitar RM1500 berpeluang menghantar anak kecil mereka ke program permata yang kualiti pendidikannya hampir kepada taska swasta ..

bak kata rakan bloger bedaman

Satu fakta yang menarik berkenaan program PERMATA yang mungkin ramai tidak tahu ialah program ini bukan untuk orang-orang elit. Orang kaya dah ada banyak duit, anak-anak diaorang yang cerdik takkan menghadapi masalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan duit mak bapak. Bayangkan di kalangan anak-anak orang yang berpendapatan rendah. Anak otak bijak , tapi mak bapak tak berapa nak ada duit nak 'push' lagi anak ke depan. Jadi terpaksalah si anak faham kesusahan mak bapak.

Program PERMATA sebenarnya adalah jalan keluar untuk bantu anak-anak yang cerdik pandai, genius tetapi mak bapak kurang berkemampuan untuk kembangkan lagi kemampuan anak-anak mereka. Dalam satu temuramah bersama Datuk Rizal Mansor, yang terlibat secara langsung dalam program PERMATA, beliau menjelaskan anak kepada pasangan ibu bapa yang mendapat gaji di bawah RM1,500 sahaja layak memasuki Pusat Permata Negara (Permata). Jadi dakwaan bahawa PERMATA adalah untuk anak-anak orang elit adalah tak benar sama sekali. 

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.