Sunday, 13 November 2016

PERSIDANGAN TAHUNAN DAP SELANGOR : BN JANGAN PANDANG REMEH SASARAN PAKATAN HARAPAN


Lim Kit Siang mahu Pakatan Harapan menggunakan hanya 1 manifesto bersama dan berjuang habis-habisan bagi menawan 5 negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang diramalkan diadakan lebih awal pada tahun depan.
Penasihat DAP itu menamakan Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor sebagai sasaran Pakatan Harapan pada PRU14.
“Jika kita ada 2 manifesto parti, kita akan jadi bahan ketawa,” katanya kepada perwakilan sempena persidangan tahunan DAP Selangor hari ini.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang hadir di persidangan itu turut bersetuju dengan cadangan Lim untuk Pakatan Harapan menggunakan 1 manifesto.
Beliau berkata, Pakatan Harapan sedang menangani sebarang cabaran dan isu yang bakal dihadapi pada PRU14.
Mengambil tema ceramahnya sepanjang tahun, Lim berkata, manifesto bersama itu perlu bertemakan “Demokrasi menentang Kleptokrasi”.

2 comments:

  1. Azmin....pak turut geng2 anti melayu@kapir

    ReplyDelete
  2. Manifesto bukan janji...musti mau ingat..hahaha

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.