Thursday, 10 November 2016

RANKING BOLA KITA 164 DUNIA ...YEEHAAAA ! SYABAS PENGURUSAN FAM KEKALKAN PRESTASI INI OKAY !

SUMBER
Tan Sri Prof Khoo Kay Khim berharap pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) penggal 2017-2021 menyaksikan pencalonan orang kebanyakan yang arif dalam bidang bola sepak.
Katanya tampuk badan induk bola sepak lazimnya dipimpin ahli politik, ahli perniagaan dan orang ternama, tetapi pencapaian bola sepak negara tidak memberangsangkan.
Barangkali sudah sampai masanya “orang biasa” yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas diberi peluang, katanya.
“Orang-orang itu mesti ada pengalaman, bukan kerana kedudukan sosial dan politik. Itu bukan kelayakan. Kelayakan mesti berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.”
“Setakat ini pencapaian bola sepak kita tidak ada apa-apa,” katanya kepada FMT, mengulas pemilihan yang akan diadakan pada 25 Mac tahun depan.
“Kalau pasukan masih selalu kalah…lawan Timor-Leste pun kalah…susahlah nak naikkan ranking dunia,” tambahnya.
Semakan ranking dunia terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Oktober 2016 menunjukkan Malaysia corot 19 kedudukan ke tangga 164 di dunia.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.