Monday, 14 November 2016

USAH BERANGAN TAWAN 4 NEGERI


Sasaran Pakatan Harapan menawan 5 negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekadar angan-angan kerana Barisan Nasional akan berjuang habis-habisan bagi mempertahankan kubu mereka, kata pucuk pimpinan BN.
Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Lim Kit Siang dan pembangkang sejak dulu lagi berhasrat merampas negeri itu daripada parti berkenaan.
“BN Negeri Sembilan akan terus kerja kuat untuk bangunkan negeri dan menjaga kesejahteraan rakyat. Biarlah rakyat yang menentukannya pada PRU14 nanti,” katanya kepada FMT hari ini.
Menteri besar Negeri Sembilan itu berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru ditubuhkan juga belum dilihat mampu mengancam kekuatan BN di negeri berkenaan.
“Tentang PPBM itu biasalah. Ia umpama bunga yang baru kembang, masih harum dan wangi, maka ramai juga yang tertarik untuk menghidunya,” katanya sebagai mengulas kenyataan Lim semalam yang mahu Pakatan Harapan menggunakan 1 manifesto bersama dan berjuang habis-habisan bagi menawan 5 negeri pada PRU14.
Sasaran PH ialah mempertahankan Selangor dan merampas Kedah, Perak, Negeri Sembilan serta Johor daripada BN pada PRU14.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.