Wednesday, 28 December 2016

BN JANGAN PANDANG RENDAH/ENTENG MOVEMENT STRATEGI PEMBANGKANG.

tak sampai beberapa hari lagi 2016 bakal berlabuh.
2017 akan menjelma.

tukang tilik politik dah ramal macam-macam tarikh dijangka berlakunya PRU 14.
samada dipercepat atau ikut tarikh matang kita tak tau.

naib presiden pas iskandar samad kata bulan 4 atau 5 2017.
ada yang kata lepas sukan sea 2017.

tarikh adalah perkara ke 2.
yang penting untuk BN adalah jangan terlalu selesa apatahlagi pandang enteng beberapa strategi blok pembangkang .

mereka memerlukan peralihan 5% undi untuk 48 kerusi parlimen BN yang menang majoriti tipis.

daripada 48 kerusi ... 10 daripadanya bawah 1000 undi majoriti. parlimen baram BN menang 146 undi aje. parlimen kuala selangor 400+..

ismail sabri, razali ibrahim, kamalanathan, presiden mca pun tak selesa majoritinya.

ini perkiraan keputusan pru 13. 

faktor pertambahan pengundi sejak 3 tahun lepas jangan diambil mudah.

pembangkang bakal merealisasikan agenda satu logo satu manifesto.

semalam pengarah komunikasi PAN, kalid samad bagitau ada cadangan untuk memberikan pas menguasai kelantan dan trengganu.

jangan perlekeh ide ini.  ini dipanggil rekonsialisasi kuasa mengikut negeri.  pembangkang kalau ikut kalid samad nak jaga muka hj hadi , presiden pas dan mantan menteri besar trengganu.


di trengganu, umno dan pas macam air dan minyak. letak dalam cawan boleh, tapi tak boleh serap satu sama lain.

pas nak join bn ?
masih terlalu awal .. tarik tali pas terlalu kuat. 

semalam sekali lagi ketua menteri sarawak adenan satem declare tak sokong RUU 355.. arguement adenan itu hak dia.

 jangan lupa jasa parti komponen BN lain yang memungkinkan umno menguasai negara.

persempadanan semula kerusi DUN di semenanjung jangan dijadikan bahan untuk alpa.

mereka dah heret isu ini ke mahkamah. untuk selangor, bicaranya akan berlaku pada januari 2017.

kalau pihak SPR menang, bukan bererti persempadanan semula itu bakal sah.

mahkamah ada banyak peringkat, makan banyak masa.

di kala liew chin tong berstrategi mengenai peralihan 5% undi, bagaimana pula dengan BN ?

ada kerusi parlimen milik pembangkang juga punyai sindrom sama.

sepang misalnya.. 

isu felda.... bahan baru untuk pembangkang. 


No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.