Friday, 16 December 2016

ELOKNYA ..BN DAN PAKATAN HARAPAN TAK PAYAH LAYAN PAS.

pas sejak 2 minggu ni bising betul. sana balun, sini balun. sana ok sini tak ok.

ko salah, kau salah, korang salah, engkorang salah.

kami tak ikut bn. kami tak ikut umno. kami tak ikut pakatan harapan. kami kami kami..... kejap kata ok, kejap kata tak ok.

dalam hidup pas sebagai pembangkang, dia aje yang betul. betul ke ?

pas tahun 1996 dah nak mati. hidup balik pasal kes anwar. pas curi kelompok melayu yang protes kes anwar lalu ajak masuk pas. parti keadilan pada waktu itu lambat tubuh, jadi pas hijack ramai melayu untuk ke arah dia.

dalam gabungan pembangkang membentuk barisan alternatif, pas yang buat hal kasi pecah. barisan alternatif pecah pasal pas nak tubuh negara islam dan hudud.

pru 2004, pkr mati terkangkang. wan azizah tinggal sorang dalam parlimen. manakala dap bertahan banyak kerusi.

2008 pembangkang menang banyak kerusi parlimen dan negeri. mereka bentuk pakatan rakyat.

selang 2013, pembangkang meneruskan konsisten menang. sekali lagi, pas buat hal. kasi pecah pakatan rakyat dan buat gabungan baru dengan parti kadir sheikh fadil.

pas begitu besar kepala dan yakin mereka menang pasal mereka kuat.

2008 pas dah nak pupus. tapi disebabkan gerakan hindraf dan protes rakyat terhadap kepimpinan , pas mendapat laba undi yang amat besar.

masa kempen 2008, anak muda india merempit bawak bendera pas . dah macam dorang pulak pemuda pas. tengok parlimen kota raja, subang, klang , kedah dan merata negeri.

anak muda india merempit kasi kempen pas menang kat undi kawasan penempatan masyarakat india. pengundi cina lebih silent dan pro pembangkang dah waktu tu.

lepas pru 2013, pertembungan pas dan umno di parlimen pas banyak tegolek . kalah teruk dengan umno pasal  isu kalimah ALLAH dan sumbangan siri siri kenyataan bekas mb kelantan dll.

pada prk sungai besar dan bukit gantang, pas lawan umno dan lawan parti serpihan pas.

kalau tolak nama umno, pas dan pan sebenarnya seri satu sama.

parlimen sg besar, undi pan mengatasi pas. manakala di bukit gantang, pas atasi pan.

bloger det yang buat coverage bagitau, ada satu saluran undi di sungai besar, pas dapat 3 undi aje berbanding dengan pan yang dapat 160 +++.

pan adalah new comer, namun boleh menggangu undi pas.

untuk mengatakan pas kuat berbanding dengan pan adalah subjektif, apatahlagi negeri lain ( selain kelantan )

pas kuat di kelantan namun pada masa yang sama pas tak boleh dabik dada dia kuat kat trengganu.

pru 1999, pas tadbir trengganu. malam kemenangan pas roboh tol di jambatan sultan mahmud.. itu aje lah kejayaan pas dalam mentadbir negeri trengganu . perkara lain yang pas champion, ceramah siang malam.

pas tadbir negeri trengganu ( 1999-2004 ) sekadar meneruskan legasi stail umno jugak.  tu pasal tukang propaganda pas gagal nak highlightkan kejayaan hj hadi sewaktu jadi mb trengganu.

pas kuat di pantai barat ? no way..!

mengapa kredibel pas sukar dipercayai orang ? pasal pimpinannya flip flop.

kejap amanat hj hadi.
kejap barisan alternatif.
kejap negara islam.
kejap negara kebajikan.
kejap pakatan rakyat.
kejap buku jingga.
kejap tahalul siyasi.
kejap gagasan sejahtera ( campuran pas + ikatan )
sekarang ni ta'wun pulak.


konsistensi pas dalam dasar politiknya berubah setiap masa. tak tetap pendirian daripada parti politik macam pas tak bagus untuk pengundi.

eloknya bior ajelah pas perasan bagus macamgitu.  umno dan pakatan harapan elok fikir baliklah nak jalin kerjasama dengan parti flip flop ni.

dalam pas dok balun pakatan harapan, pas selangor masih jugak jalin hubungan dengan dap dan pkr. ( siap jadi exco gitu )

dalam pas dok balun pakatan harapan, adun pas di pulau pinang masih jugak jadi orang kanan dap.

ni macamana punya stand pas ni ? 








6 comments:

  1. ini tulisan barua DAP ker?
    kafir atau munafik?
    nk cari gaduh dengan PAS??
    nak jadi batu api ;erpecahan ummah?
    nak tengok amno terbungksng??
    teruskan cacian
    PAS akan bantu menguborkan umno pada PRU14
    mahu sangat kan??
    hasil dari mentededarah dedak haram percikan 2.6b

    ReplyDelete
  2. pas tu boleh buat kawan biasa je la,kalau nak jadikan rakan politik lebih baik tak payah. Arini cakap lain, esok sembang lain, lusa buat lain...

    Tukar la pemimpin siapa pun, mursyidul am mana pun ( kecuali allahyarham harun din) sama je perangainya... suka ambil political millage.

    Tapi dari PAN parti pembela DAPig atau PKR yang kuat fitnah siang malam dan parti orang tua yang hanya mampu cipta amarah serta dendam kesumat, aku lebih rela beri undi pada PAS kalau calon BN yang bertanding pun tak hapa-hapa nanti.

    ReplyDelete
  3. Pas asyik berubah..............cuma satu tak ubah, iaitu ISLAM sbg dasar perjuangan!
    Parti lain tak berubah iaitu menentang ISLAM, buat tak tahu tentang ISLAM (agama tak boleh campur politik) dan guna ISLAM kalau menguntungkan.

    ReplyDelete
  4. APA DAH JADI AMANAT HJ HADI AWANG TERHADAP AHLI/PENYOKONG UMNO/BN....SAMPAI LANI TAK PERNAH BERUBAH. BOLEH KE YANG DIHARAMKAN OLEH PAS (OLEH PRESIDEN PAS MASA KINI)DAH JADI HALAL SECARA OTOMATIK. KESIAN PAS. PERINTAH SATU NEGERI (KELANTAN)SEJAK DULU HINGGA SEKARANG TAK BANYAK BERUBAH.PERUBAHAN YANG KETARA: KERAJAAN PAS KELUAR BELANJA UNTUK PACAK LAMBANG PAS DI SEPANJANG JALAN KE RANTAU PANJANG. APA KEJADAH NYA. DIA ORANG KATA SEBAGAI PERANG SARAF TERHADAP RAKYAT KELANTAN SUPAYA SENTIASA INGAT PAS. SEPATUTNYA SUPAYA SENTIASA INGAT ALLAH DAN RASUL SAW. BILA MUSIM HUJAN, BANAJIR SANA BANJIR SINI.PEMIMPIN PAS SEBOK BERCERMAH SANA SINI. NEGERI YANG DIPERINTAH MACAM TU JUGAK.

    ReplyDelete
  5. 16:92) And do not become like the woman who, after having painstakingly spun her yarn, caused it to disintegrate into pieces.You resort to oaths as instruments of mutual deceit so that one people might take greater advantage than another although Allah puts you to the test through this. Surely on the Day of Resurrection He will make clear the Truth concerning the matters over which you differed.

    Lebah (An-Naĥl):92 - Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali, kamu menjadikan sumpah (PERJANJIAN)mu sebagai alat penipu di antaramu, DISEBABKAN adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain. Sesungguhnya Allah hanya MENGUJI kamu dengan HAL ITU. Dan sesungguhnya di hari kiamat akan dijelaskan-Nya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan itu.

    Lebah (An-Naĥl):94 - Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki(mu) sesudah kokoh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan (di dunia) karena kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah; dan bagimu azab yang besar.

    Lebah (An-Naĥl):95 - Dan janganlah kamu tukar perjanjianmu dengan Allah dengan harga yang sedikit (murah), sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

    Lebah (An-Naĥl):96 - Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

    ReplyDelete
  6. pemimpin pas bukan minat bekerja untuk majukan rakyat dan negara. apa yang mereka mahu hanyalah gaji buta wakil rakyat sebagai pembangkang, goyang kaki ceramah air liur siang malam.
    bergabung dengan umno jika menang pemimpin pas akan dilantik menteri kena buat kerja pulak. bergabung dengan pakatan harapan kalau menang lagi susah untuk mentadbir negara. akhirnya pemimpin pas pilih dedak dan itu lebih menguntungkan. kalah menang belakang kira.. bohong tetap bohong dan putarbelitkan pengundi melayu itu adalah budaya pemimpin pas sejak azali lagi. sebab itu juga Allah Maha mengetahui dan tidak merestui pemimpin pas untuk mentadbir negara..

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.