Thursday, 1 December 2016

HSR AKAN DIUTAMAKAN DARIPADA BINA JAMBATAN KE 3. KATA PM SINGAPURA.


Malaysia akan dihubungkan dengan Singapura menerusi projek HSR sejauh 350km yang akan mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua negara kepada hanya 90 minit saja dengan kelajuan kereta api lebih 300km sejam.


Bagi Singapura, terminal HSR akan terletak di Jurong East manakala Malaysia akan mempunyai 7 stesen, iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, dan Iskandar Puteri.


BACA LANJUT

2 comments:

  1. Projek High Speed Rail hingga ke Singapura adalah satu projek yang menjahanamkan kepentingan Malaysia.

    Ini kerana dengan adanya landasan High Speed Rail hingga Singapura, hasrat untuk menjadikan Selat Johor / Selat Tebrau laluan perkapalan akan musnah.

    Landasan keretapi High Speed Rail sudah tentu akan merintangi Selat Johor dan akan menghalang laluan perkapalan dan Tambak Johor tidak dapat dirobohkan kerana adanya landasan High Speed Rail di sebelah Tambak Johor itu.

    Saya tak hairan jika Singapura begitu bersetuju dengan landasan High Speed Rail itu hingga ke negara mereka kerana mereka ada agenda untuk mengekalkan Tambak Johor supaya laluan Selat Johor / Selat Tebrau tidak boleh dilalui oleh kapal dari barat ke timur dan sebaliknya.

    Kesannya Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjong Pelepas tidak mampu untuk menarik lebih banyak kapal kerana kapal-kapal perlu ditunda ke kedua-dua pelabuhan itu dan perlu berpatah balik dan melalui kawasan perairan Singapura.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Mohamad Faiz Hamzal Ismail
    Ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia
    Bahagian Jerlun
    Kedah Darul Aman

    ReplyDelete
  2. Anak bangsa rebut segala peluang sebelum terlepas ke tangan lain.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.