Monday, 12 December 2016

PAKATAN BARU DI SELANGOR : TANPA AMANAH DAN DAP ??


PAS berkata usahanya mendampingi PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam sebuah ceramah “mega” di Paya Jaras, Selangor malam ini merupakan antara langkah mewujudkan blok politik berasingan tanpa pembabitan musuh ketatnya Amanah dan DAP.
“Ya, sekurang-kurangnya di Selangor,” kata Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika ditanya sama ada ia usaha mewujudkan blok berasingan tanpa penyertaan kedua-dua parti itu.
Dinamakan “Ceramah Mega Rakyat”, program anjuran PAS Selangor itu turut menampilkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi pentas dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras, berkata pihaknya sengaja tidak menjemput Amanah dan DAP walaupun kedua-duanya dianggap sekutu PKR dan PPBM.

3 comments:

  1. Salam perjuangan...mohon jasa baik tuan untuk link kan blog saya gerakanantidap.blogspot.my dalam blog tuan ini...sekian terima kasih

    ReplyDelete
  2. Bermakna BN harus bersedia bahawa 3 pejuru hanya akan wujud dimana Amanah letak calon. Sbb pas tak akan letak calon dikawasan Dap.

    ReplyDelete
  3. 3 pejuru hanya akan wujud dimana ada calon pan. Pas tak bertanding dikawasan dap. Jadi bn jgn syok dulu.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.