Wednesday, 28 December 2016

REKOD PPIM : TAHUN 2016 DARIPADA 3000 PEMINJAM AH LONG , 70% DARIPADANYA ADALAH MELAYU.


SUMBER
“Sepanjang tempoh menyelesaikan masalah pengguna melibatkan ah long dalam tempoh 5 tahun lebih 12,000 atau 30% peminjam gagal membuat pembayaran semula. 
Tahun ini sahaja terdapat 3,000 peminjam, 600 daripadanya gagal bayar balik, malah yang boleh bayar tidak semua okay, ada juga tertunggak,” katanya.
Daripada jumlah itu, lebih 70% adalah peminjam Melayu yang terdiri daripada pelbagai golongan.
“Mereka pinjam tak banyak, RM1,000 sahaja tapi sebab tak bayar, bunga naik sehingga RM10,000 hingga RM30,000.
 Ramai yang terlibat terdiri daripada kakitangan kerajaan termasuk anggota tentera dan pegawai polis,” katanya.

1 comment:

  1. Patut kaji latarbelakang golongan ini...bagaimana mereka terjebak dengan ahlong. Jalan mudah?  Memang susah? Suka berhutang?  Sendiri  mengundang masalah? Kenapa Melayu? Kaum lain tak susah?

    Orang keliling, kaum kerabat tak endah?

    Jalan keluar? Takkan kumpul data saja... ?

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.