Monday, 26 December 2016

ROHINGYA : SYED HAMID GESA WUJUD SISTEM KHAS.

Kerajaan perlu mewujudkan “sistem khas” untuk menguruskan peningkatan jumlah kaum Rohingya di Malaysia, kata Tan Sri Syed Hamid Albar, Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar.
Bekas menteri luar berkata, kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian hanya menunjukkan mereka adalah pelarian.
Beliau berkata Malaysia membenarkan mereka datang ke negara ini atas terma kemanusiaan.
“Tetapi jika kita membenarkan mereka, kita perlu mengatur dengan betul.
“Supaya mereka boleh mendapatkan penjagaan kesihatan, pergi ke sekolah dan memperoleh hak sepatutnya,” katanya.
Mengenai hal kesihatan, beliau berkata kerajaan perlu mempunyai sistem supaya lebih mudah bagi mereka mendaftar di hospital kerajaan.
Bagi pendidikan, Syed Hamid berkata kebanyakan kanak-kanak diajar mengenai Islam dan mempelajari sukatan pelajaran Bangladesh.
“Oleh itu, kerajaan perlu terlibat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.