Monday, 26 December 2016

ROMBAK FAS : BAB BOLA SWASTA JE AZMIN LEPAS TANGAN.. BAB ASET NEGERI SWASTA DIA JAGA ???


kenyataan keras raja muda selangor, tengku amir shah yang menggesa seluruh barisan exco FAS ( persatuan bolasepak selangor ) BERUNDUR SECARA TERHORMAT memang amat disokong oleh seluruh peminat pasukan bola sepak selangor red giant.

dalam kenyataan RMS...

"Beta sarankan agar Presiden FAS memperkenalkan barisan baharu yang bebas daripada unsur-unsur politik, berdasarkan merit, bertenaga dan paling penting dapat membuahkan hasil yang positif terhadap pasukan bola sepak kesayangan rakyat negeri Selangor.

gap setuju dengan kenyataan RMS..

namun seharusnya azmin ali selaku presiden FAS juga harus tidak lepas tangan dan tanggungjawap untuk menjaga nama baik bolasepak negeri selangor.

sejak dari dulu lagi, baik zaman naik atau jatuh selangor, presiden FAS yang juga merangkap MB selangor takkan lepas tangan dari bertanggungjawap memegang amanah sebagai orang yang penting dalam menjaga FAS.

dari dulu lagi, semua MB boleh jaga FAS.
dari dulu lagi semua pengurus boleh jaga FAS.

azmin tak sampai 2 tahun jadi MB dan jadi presiden FAS, dah keluar cerita selangor nak tarik diri dari main MSL..

ni apa benda ni ? responsible sikit la azmin..

dibagitau azmin dalam bajet negeri tak include peruntukan untuk FAS dan pembangunannya ?

duit takdak ke ?

kalau duit takdak, nape tak diarah beberapa anak syarikat negeri untuk sumbang dan sponsor ?

memang betullah liga bolasepak kita  akan masuk profesional sepenuhnya tahun 2018. kira dah macam EPL la..

tapi takkan bila sebut swastakan bolasepak aje, azmin terus taknak jaga bola ?

aikk.. segala aset negeri selangor MBI dan kini DEIG pun boleh diswastakan, bola apalah sangat..



No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.