Tuesday, 6 December 2016

SETPOL PRESIDEN PAS BAGITAU.. UMNO TENGAH LEMAS.?? ( PULAK )


rujuk sumber



Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dlm melihat percaturan antara PAS -Umno. 

Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini.

Tuan Guru sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat Umno dan seangkatan dengan Umno. Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan Pas mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit.

Tapi, selama pimpinan kita tetap menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah kita dalam pemeliharaan Allah dalam mencapai mardhatillah. Politik dan dakwah serta tarbiyah yg kita bawa ini tidak terpisah-pisah. Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita utk meninggikan kalimah Allah ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi Allah. Bekalan kita mengadap Allah di hari pengadilan-Nya. Tetaplah kita istiqamah, insyaAllah."

Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar, 
Setiausaha Politik Presiden PAS. 

5 comments:

  1. Ramai terkeliru kalau mencari Islam carilah Pas.

    Dek kerana belum sampai ilmu, sukar menyanggah Pas.

    Hati2 yang mana ilmu yang mana hampas.

    Bukalah kalam Allah agar rahmat hidayahNya tak terlepas.

    ReplyDelete
  2. menyampah aku kalau baca ayat org pas ni..geli geleman ana ente lah..istiqamah lah..pergh mcm madey kenal dap lah kot...tang tang tu jugak jadi geng komunis

    ReplyDelete
  3. Terima lah kenyataan bahawa unno itu sedang lemas. Najib guna pentas bersama pas isu rohingya sebab apa? Apakah umno hijack pentas pas atau najib yg hijack ?

    ReplyDelete
  4. biarkan luncai dengan labu-labunya...

    ReplyDelete
  5. Betul ka statement SU Politik TGH? Kalau benar apa kah ia nya hipokrit, munafik? Atau kedua-dua itu sama dalam hokum Islam?

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.