Monday, 16 January 2017

1MDB : JOHARI NAFIKAN KENYATAAN STRAITS TIMES SINGAPURA


1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak gulung tikar kerana masih mempunyai hutang untuk dilangsaikan dan baki daripada pelupusan asetnya, kata menteri kewangan II.
Datuk Johari Abdul Ghani dipetik Malaysiakini berkata, 1MDB belum memasuki peringkat gulung tikar, sekaligus menolak laporan Straits Times Singapura yang Putrajaya membuat persediaan asas untuk menutup sayap pelaburan strategik milik kerajaan itu.
“Ia tidak menggulung tikar tetapi ia dalam operasi ‘run-off’. Kami tidak menjalankan sebarang perniagaan baharu.
“Kita tidak boleh menutup syarikat itu sehingga semua hutang diselesaikan dan baki daripada pelupusan aset diperolehi,” katanya kepada Malaysiakini dalam satu mesej teks.
Menurut laporan Singapura, Jawatankuasa Budiman, unit kerajaan peringkat tinggi yang dipengerusikan Johari merancang memindahkan aset 1MDB kepada 2 syarikat milik Kementerian Kewangan, iaitu Piramid Pertama dan Aroma Teraju dalam beberapa bulan lagi.
Aset itu termasuk Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia di Kuala Lumpur dan tanah seluas 94.7 hektar di Ayer Itam, Pulau Pinang.
SAMBUNG

1 comment:

  1. Singapork- Musuh yg berpura pura kawan.....AWAS!

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.