Thursday, 26 January 2017

HJ HADI BALUN UMNO/BN KAW-KAW KAT DUNGUN..( UMNO PULAK NAK MENGENDENG PAS HMMM )



SUMBER

DUNGUN: PAS mengajak seluruh pengundi Melayu, Cina dan India agar bersedia membuat perubahan kepimpinan negara dengan mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang. 

Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jika PAS menang semula seperti tahun 1999 di peringkat Malaysia banyak perkara boleh dilaksanakan.


Katanya rakyat hari ini menghadapi kesukaran kenaikan harga barang yang tinggi serta cukai yang mahal.

Ini kerana, menurutnya kerajaan Umno-BN yang memerintah tidak pandai mentadbir dan mengurus negeri.

“Malaysia ini, Tuhan beri hasil banyak kelapa sawit ada dan macam-macam lagi. Jadi tidak patutlah kita menyusahkan rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sambutan Tahun Baru Cina 2017 dan Dailog Bersama Presiden PAS di Kampung Batu Lima, Dungun, 20 Januari lalu.

“Banyak kekayaan harta ini dibahagi antara orang kaya dengan orang yang memerintah (pemimpin) negara. Orang kaya bayar rasuah, komisyen kepada orang yang memerintah.

“Orang memerintah pula terima duit. Masa pilihan raya bahagi duit kepada pengundi RM50, RM500 atau RM1,000. Selepas pilihan raya naik cukai dan rakyat yang kena cukai itu.

“Ini semua kita (PAS) nak baiki dan kita tidak boleh baiki selagi kita tidak boleh tukar kerajaan,” tegasnya.
Tuan Guru Abdul Hadi ketika menjadi Menteri Besar Terengganu tahun 1999 banyak melakukan perubahan ke arah sebuah negari berkebajikan.

Katanya, ajaran Islam dalam memerintah tidak boleh menyusahkan rakyat miskin dengan bebanan cukai.
“Bila kita (PAS) memerintah Terengganu tahun 1999, kita buat seperti “Negara Berkebajikan.” Ini diajar oleh Islam dan kita tak mahu bebankan rakyat dengan cukai.

“Cukai orang kaya sahaja yang kena dan orang miskin tak patut dikenakan cukai.

Sebab itu, bila kita memerintah dihapuskan cukai pintu rumah kediaman.

“Ini kerana, (waktu itu) kita ada hasil minyak (royalti).

Walau pun lima peratus sahaja kerajaan pusat beri kepada Terengganu tapi cukup untuk kita tadbir negeri dan hapus cukai pintu.

“Tol di Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu kita (PAS) hapus kerana semua orang lalu guna jalan itu. Tapi, yang sedihnya bila kita nak tunjuk macam ini, dia (pusat) rampas (royalti) minyak semasa kita memerintah,” jelasnya di hadapan 300 warta Tionghoa.


Hadir sama pada majlis itu Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, Adun Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, Adun Chukai, Hanafiah Mat serta Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Dungun, Puan Serena Lim.

3 comments:

  1. PAS ni Umno nak kasi dia menang kerusi yang diduduki MCA, MIC dan Gerakan, tak mau ke? Kalau tak diberi Umno, sampai bila pun usul persendirian RUU355 dapat dikemukakan di parlimen. Ingat tu dan jangan sombong. Tak taulah pulak kalau cakap-cakap kat Dungun tu cuma nak puaskan dan sedapkan hati set-set kapir di sana...

    ReplyDelete
  2. Cukai tu hukumnya harus. Kenapa dipertikai jika ianya digunakan untuk kepentingan rakyat dan negara? Malah sebahagiannya dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk bantuan, subsidi, BR1M juga bantuan banjir termasuk di Terengganu sendiri.

    ReplyDelete
  3. Sebelum ni parti siapa yang bersungguh menjilat jubur Cina DAP hinggakan sesama Islam pun di kutuk semau-maunya.

    Ekonomi merosot harga barang naik bukan Malaysia sahaja yang rasai. Pi tengok dinegara jiran. Ikan kembong sekilo RM25, nenas sebiji RM5, Minyak masak sekilo RM5, Minyak 1 liter 4.20, Gula RM3, kelapa parut tak jual kelapa peket 500ml RM10. Orang sana tak jual beras kerana mahal sangat mereka sanggup makan pasir.

    Janganlah dok tabur fitnah berlebih-lebih kepada kerajaan UMNO-BN. Jaga serban di kepala tu takut2 beratnya boleh bergegar otak.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.