Sunday, 29 January 2017

ISU PERTUKARAN WANG : SPRM GESA BANK NEGARA JALAN SIASATAN SENDIRI


SUMBER
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan siasatan dalamannya sendiri berhubung kerugian yang dikatakan bernilai AS$10 bilion (kini bernilai RM44.3 bilion) dalam skandal tukaran wang asing pada 1990-an.
SPRM berkata ia hanya akan melancarkan siasatan terhadap dakwaan itu jika BNM mendapati sebarang unsur rasuah, dan melaporkan kepada SPRM, lapor New Straits Times Online hari ini.
“Jika mereka mendapati sebarang elemen rasuah, laporan itu hendaklah dikemukakan kepada SPRM dan kami akan membuka kertas siasatan,” kata Timbalan Ketua SPRM Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki memberitahu portal berita itu.
Dakwaan dibuat bekas penolong gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid datang berikutan pendedahan laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengenai skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Kabinet akan menyiasat dakwaan itu dan menunggu penjelasan daripada bank pusat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil.

5 comments:

  1. Perangai NAJIB ni betul-betul macam perangai anak saya yang
    darjah 3.Bila banyak maraknya merah, dia akan mempertahankan
    dirinya dengan berkata, "Bukan Jamal sorang je yang tak lulus
    matematik, Bahasa Inggris dan sains, mak. Ramai kawan-kawan
    Jamal dapat markah lebih rendah bahkan semua mata pelajaran
    mereka MERAH, mak. Anak Pak Haji sebelah tu, semua mata
    pelajarannya 000000000, mak. Budak-budak CINA pun ramai
    yang tak lulus mak!!!!!!"..............HEHEHEHE.

    Begitulah hidup.
    Bukan saya sorang je yang songlap duit rakyat taw, kata
    Njaib.Zaman Tun M pun banyak duit yang hilang. Cer sisat
    kes skandel MBF dan kerugian FOREX tahun 1993. Berpuluh
    bilion!!!!
    Saya cuma songlap sikit je, baru 2.6 billion masuk akaun
    saya dan kerugian 1MDB pun tak banyak, cuma 55 billion,
    utang Negara pun baru naik 800 billion!!!!!

    ReplyDelete
  2. Yang Cik Minah ni macam ceret beret/terkincit/kencing dlm seluar apa hal. Itulah padah "buat kesimpulan /keputusan " sendiri. Kalau penyakit ceret beret tu tak sembuh, boleh bawa maut tau. Siasat cepat sebelum "culprit" nya yang kebanyakan dah "hampir nyanyok" qulluhum ajma'ain sama di talqin atau dihantar ke jirat. Pemimpin DAP (yang terlama didunia) still kicking around (cita2 nak jadi TPM lagi)Maha / Daim/Sanusi Junid/Anuar Ibrahim/Tg Razali are still around. So Cik Mina jangan MEREPEK & MEREKA ye!

    ReplyDelete
  3. Yang Cik Minah ni macam ceret beret/terkincit/kencing dlm seluar apa hal. Itulah padah "buat kesimpulan /keputusan " sendiri. Kalau penyakit ceret beret tu tak sembuh, boleh bawa maut tau. Siasat cepat sebelum "culprit" nya yang kebanyakan dah "hampir nyanyok" qulluhum ajma'ain sama di talqin atau dihantar ke jirat. Pemimpin DAP (yang terlama didunia) still kicking around (cita2 nak jadi TPM lagi)Maha / Daim/Sanusi Junid/Anuar Ibrahim/Tg Razali are still around. So Cik Mina jangan MEREPEK & MEREKA ye!

    ReplyDelete
  4. Kerugian dan kecurian tu beza min.. sila korek lg.

    ReplyDelete
  5. pembohong dan pencuri......ajib

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.