Thursday, 19 January 2017

PH UCAP BYE-BYE PADA PAS DI SELANGOR..


 Amanah berkata ia akan menggantikan PAS dalam sebarang kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Harapan (PH) sekiranya menang lagi di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, ia juga akan menyaksikan PAS tidak lagi menjadi sebahagian kerajaan negeri Selangor seperti sekarang, di mana ia masih diwakili dalam kerajaan campuran yang turut melibatkan musuhnya DAP.
“Selagi mana PAS tidak masuk dalam PH, kita tidak akan ambil kira mereka,” katanya kepada FMT.
SAMBUNG ARTIKEL

3 comments:

  1. Biarkanlah PAN terjun dengan Labu labinya. Selagi mereka mengikuti Boss besar mereka si DAP tu, kita percaya mana mana orang Islam yg mahu untuk berfikir tidak kira apa pun bangsa mereka; tidak akan tergamak untuk memilih mereka. Semua orang tahu abang besar mereka si DAP adalah pendorong utama bagi gereja Evangelist untuk mensyirikkan kalimah ALLAH. Rata-rata sesiapa yang pro dengan cara dan pemikiran pembangkang akan bersetuju dosa mensyirikkan kalimah ALLAH kecil jer tapi “dosa” 1MDB terlalu dahsyat kesalahannya. Iye ke begitu?

    Isu 1MDB ni adalah isu duit, wang ringgit atau harta dunia. Pendek kata didalam bahasa yang mudah faham mereka bercerita bahawa sesungguhnya kita semua rakyat Malaysia sedang menderita sebab rezeki kita dah jadi sempit disebabkan olih 1MDB kata mereka. Hebat sungguh 1MDB ini sehingga tenggelam ALLAH yang Maha Agong lagi Maha Besar itu. Semua orang Islam yang mampu untuk berfikir dan mampu untuk menghayati kebesaran dan keagungan Pencipta tahu dan tidak akan mampu untuk menafikan bahawa sesungguhnya ALLAH lah yang memberi rezeki. Surah TAAHA ayat 132 “ ….Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

    Sekarang ini mari kita lihat apa kata Al Quran tentang dosa SYIRIK pulak. Surah An Nisa ayat 48 yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

    Tentang syirik lagi menurut makna kepada surah Az Zumar ayat 65 pulak adalah sesiapa yang melakukan SYIRIK akan musnah semua amalan mereka. Daripada dalil di atas mana mana individu Muslim yang mahu berfikir sudah nampak sebesar mana 1MDB berbanding dosa SYIRIK.

    Kalau nak lihat samada kita sedang melakukan SYIRIK atau tidak mari kita lihat apa yang Rasululah SAW juga bersabda: “Barang siapa menyerupai suatu kaum. Maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih Ahmad)

    Apabila kita memberi sokongan kepada si DAP yang menjuarai usaha untuk mensyirikkan kalimah ALLAH bagi gereja Evangelist untuk “political mileage” di kalangan orang bukan Islam maka kita pun akan dapat “saham” yang serupa seperti mereka walaupun kta tidak tahu.

    So agak agak tuan tuan patut tak kita memberi sokongan kepada PAN adik angkat si DAP ini? Fikir fikirkan lah.

    ReplyDelete
  2. Patut patut...hanya kepada pemakan dedak yahudi...

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.