Monday, 23 January 2017

UEC TIDAK DIIKTIRAF UNIKL.. KATA ISMAIL SABRI.


 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak berhasrat untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi kemasukan ke universiti itu setakat ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata ini kerana sijil itu tidak selaras dengan falsafah pendidikan negara yang memerlukan kelulusan Bahasa Melayu dan Sejarah untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Beliau berkata walaupun UniKL sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) namun ia milik penuh Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang sehingga kini masih mematuhi falsafah pendidikan negara.
“Biarpun Kementerian Pengajian Tinggi memberikan kebenaran IPTS mengambil pelajar berdasarkan sijil UEC pada 2004, tetapi itu bukan bermakna Mara mesti ikut, kita ada pilihan yang mana sehingga kini tidak akan membuka pengambilan pelajar berdasarkan sijil tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Jalinan Rakyat (JR) Wanita Umno Bahagian Bera di sini, hari ini
Semalam Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa berkata UniKL mengiktiraf sijil UEC sebagai syarat kemasukan untuk belajar di universiti itu.

1 comment:

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.