Tuesday, 14 February 2017

DR ASRI PUNYA TEGUR PAS KALI NI MEMANG MAKAN DALAM. ( ISLAM BUKAN TAKAT MENGHUKUM AJE )


Pemimpin parti politik tertentu sensitif apabila saya menyebut bahawa jangan fikir keindahan Islam itu hanyalah apabila dipotong tangan pencuri, direjam dengan batu penzina, dipancung orang yang dituduh murtad. Semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas. 

Nabi s.a.w dalam sirah baginda mendahului kebaikan rakyat sebelum hukuman. Jangan hanya nanti sibuk hendak memotong tangan pencuri basikal tetapi membisu pabila orang yang mencuri berjuta-juta harta awam.

Keindahan Islam itu lahir dari keindahan akhlak, kebajikan rakyat, urus tadbir yang baik, menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menjaga hak rakyat, hak kanak-kanak, hak wanita dan segala macam lagi. 

Nas-nas agama dalam hal-hal itu jauh lebih banyak dan diutamakan dibandingkan sebahagian hukum yang cuba dibawa oleh mereka. 

Dunia Islam hari ini  dipandang hina bukan kerana pencuri tidak dipotong tangan, penzina tidak direjam atau tidak dipancung orang murtad. 

Dunia maju yang bermatian pelarian muslim lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut. Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak 'menebang balak' sesuka hati. 

Amanah harta pemimpin mereka jauh lebih baik dari kebanyakan negara umat Islam. Rakyat mereka hidup dengan banyak hak dan kebajikan dijaga.

Sejak bertahun lamanya saya telah memberikan pandangan yang sama. Bukan baru.

Dukacitanya, dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud. Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi s.a.w. Mereka ini sebenarnya menjadikan dunia membenarkan dakwaan Donald Trump. 

Kata pemimpin tertentu parti berkenaan pandangan saya itu mengelirukan dan ada unsur liberal. 

Saya ingin beritahu beliau, sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik.

Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?

Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.

Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.

Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut 'perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan. 

Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!

Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya. 

Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan 'selesai masalah pengangguran dulu baru hudud'. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.

Anda yang menuduh orang itu dan ini murtad, kemudian anda ingin buat undang-undang murtad?!! Berkepentingan!!!

Jika hendak disenaraikan yang mengelirukan memanglah banyak. Maka, janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini. Ia akan benar-benar mengelirukan.

Hari ini anda sesatkan orang yang enggan menyokong usul anda, esok mungkin anda jadikan dia jadi wali Allah pula apabila 'angin politik' anda berubah?!

Itu belum lagi kita bincang ceramah parti anda yang penuh maki hamun, mengkafirkan, menuduh sesat, kufur, tanam di kubur kafir, keluar parti keluar jamaah Islam maka tercabut Islam dan lain-lain.

Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
Mufti Negeri Perlis
13 Februari 2017.

(Tulisan yang dipetik daripada laman Facebook DrMaza.com ini adalah jawapan kepada kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menggesa Mufti Perlis itu agar tidak mengelirukan masyarakat Islam berhubung Akta 355 -

10 comments:

  1. Islam pun bukan hanya bulu berus dari babi haram. Maka melentinglah muslim yg baru nak berusaha nak jadi muslim

    ReplyDelete
  2. Kenapa Dr Maza marah sgt dgn PAS..walhal dulunya dialah antara org yg membela perjuangan PAS..Antaranya Bab membenarkan puak Kristian menggunakan kalimah Allah..Aku pernah lihat dia berhujah menyokong isu kalimah Allah dihadapan bishop Joseph bersama Mujahid Yusof Rawa.Jelaslah tindakan dia kali ini menentang PAS kerana dia dh bersekongkol dgn puak PAN. Klu dia ikhlas dlm dakwahnya sepatutnya perkara yg disebut diatas wajib dinyatakannya dari dulu lagi..

    ReplyDelete
  3. An-Nūr:2 - Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; DAN janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

    Keluarga 'Imran ('Āli `Imrān):18 - ALLAH menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), YANG MENEGAKKAN KEADILAN. PARA MALAIKAT DAN ORANG-ORANG BERILMU (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    *******************

    Senario

    Allah ...Yang menegakkan keadilan. Allah Maha Mengetahui KESAN zina pada kehidupan hamba2Nya.

    • pasangan curang dgn hubungan sulit yang berakhir rumahtangga porak peranda, pasangan tertekan jiwa,  anak2 terbiar, cerai berai nafkah terabai, anak2 dibesarkan tanpa kasihsayang ibubapa?

    •kes bayi luar nikah- bayi dibuang, dibunuh apabila siibu bakal menanggung malu, dihina sisih masyarakat?

    ▪ anak luar nikah ? 》 bila di serah pd keluarga angkat,  bila dewasa  timbul masalah mencari keluarga kandung .....

    *********************

    Semoga hudud ditegakkan kerana ianya hukum agama Allah yang Maha Mengetahui akan kesan zina terhadap hamba2Nya.

    Dan BUKAN kerana berpolitik!!!!!

    ************

    An-Nisā':16 - Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.

    Wanita (An-Nisā'):17 - Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

    ReplyDelete
  4. Kita takut hukuman hudud malangnya kita tak takut peringatanNya. Dia Maha Pencipta. Perhatikan sekeliling kita yang telah melanggar peringatanNya... bagaimana kehidupan mereka, keluarga mereka anak2, harta....

    Besi (Al-Ĥadīd):9 - Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (Al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu.

    **********

    “Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

    If the first inward thought is not warded off, it will generate a desire, then the desire will generate a wish, and the wish will generate an intention, and the intention will generate the action, and the action will result in ruin and divine wrath. So evil must be cut off at its root, which is when it is simply a thought that crosses the mind, from which all the other things follow on.
    - Imam abu Hamid al-Ghazzali
    [Ihyaa Uloom al-Deen, 6/17]


    ReplyDelete
  5. Keutamaannya,  kita perlu sama2   didik masyarakat kita ambil ikhtibar kisah2 kebinasaan  yg berlaku akibat  perbuatan berzina, perbuatan mendekati zina, mencuri dll.

    Agama yang suci  ini untuk kita kawal diri dan janganlah jadikan ia senjata untuk mengkritik orang lain.

    ReplyDelete
  6. Maryam:23 - Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan".

    Adakah ayat ini satu perumpamaan utk menggambarkan tekanan perasaan, penyesalan si penzina yang tidak bernikah?

    Jangan mendekati zina






    ReplyDelete

  7. “Shall I seek other than God as a source of law when He has brought down to you this book fully detailed?” 6:114

    8:27 O you who have believed, do not betray Allah and the Messenger or betray your trusts while you know [the consequence]

    “We did not leave anything out of the book” 6:38

    “He said, "The knowledge thereof is with my Lord in a record. My Lord never errs, nor does He forget." 20:52


    Beri keutamaan mendidik dgn al quran ... untuk kita tahu apa yang kita tak tahu... agar peringatan2Nya yang sepatutnya menjadikan tiap diri berilmu, bersedia dgn ujianNya dan sedar akan balasan dari Nya di dunia dan akhirat.

    96:1 Recite in the name of your Lord who created -

    96:2 Created man from a clinging substance.

    96:3 Recite, and your Lord is the most Generous -

    96:4 Who taught by the pen -

    96:5 Taught man that which he knew not.

    96:6 No! [But] indeed, man transgresses

    96:7 Because he sees himself self-sufficient.

    96:8 Indeed, to your Lord is the return.











    ReplyDelete
  8. The Qur’an was revealed to be acted upon: Fudhail bin ‘Iyaadh

    “The Qur’an was only sent down in order to be acted upon, but people have taken just reciting it as enough of a deed.” He was asked, “How is it acted upon?” He replied, “They should treat as halaal what it makes halaal and treat as haraam what it makes haraam, they should take on its commandments, and abstain from what it forbids, and they should stop to ponder its wonders.


    3:69 A faction of the people of the Scripture wish they could mislead you. But they do not mislead except themselves, and they perceive [it] not.

    ReplyDelete
  9. “When we stay away from someone because we feel we are purer of soul, or better at heart, or more accepting, or spiritually more advanced, we haven't done anything great; we have chosen the easier and less difficult path for ourselves.

    Sayyid Qutb

    ReplyDelete
  10. apakah ini golongan yang dicabul imannnya

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.