Wednesday, 22 February 2017

KEMATIAN JONG NAM : PKR/DAP SOKONG TINDAKAN KERAJAAN.

DAP dan PKR menyokong tindakan Malaysia menyiasat kes pembunuhan Kim Jong Nam bagi mengenal pasti punca kematian abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, walaupun berdepan tekanan Korea Utara, Malaysia seharusnya diberikan ruang secukupnya untuk menjalankan siasatan.
“Sebagai negara yang mempunyai kedaulatan dan sistem undang-undang tersendiri, Malaysia wajar diberikan ruang menjalankan siasatan tanpa tekanan atau tunduk kepada mana-mana pihak.
“Saya yakin polis khususnya mempunyai kewibawaan dalam menjalankan siasatan dan seterusnya membantu pihak kerajaan menyelesaikan kemelut ini,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol terus memberi tekanan kepada Malaysia dengan menuduh Putrajaya bersekongkol dengan Korea Selatan atas kematian Jong Nam dan tidak percaya keputusan bedah siasat yang dijalankan Malaysia.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, Malaysia tidak seharusnya mengalah sehingga mengetahui punca kematian Jong Nam.
Malah katanya, Malaysia sepatutnya menggunakan apa sahaja cara untuk mengenal pasti punca kematian Jong Nam, walaupun dikecam Pyongyang.

SAMBUNG

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.