Wednesday, 1 February 2017

PRU 14 :TOK PA AZAM PERJELAS KEGAGALAN PAS DI KELANTAN


(Bernama) -- UMNO Kelantan akan menggiatkan sesi penerangan kepada rakyat negeri itu dalam usaha menyedarkan mereka mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan negeri PAS yang memerintah negeri itu sejak tahun 1990.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata antara isu yang akan dibangkitkan kepada pengundi termasuklah masalah pemilikan tanah, setinggan dan kurangnya peluang ekonomi.

"Rakyat telah beri peluang kepada PAS untuk majukan Kelantan sejak 27 tahun lepas, namun masih tiada perubahan...kalau ada pun (pembangunan) ia jasa kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama anggota jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Gris, Dabong di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman.

Katanya, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), UMNO Kelantan akan memperkukuhkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) terutama di luar Kelantan bagi mendekati pengundi muda yang tinggal di luar negeri itu.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata UMNO turut merancakkan program mendekati golongan mahasiswa agar mereka tidak mudah dikelirukan dengan fitnah pembangkang.

-- BERNAMA

2 comments:

  1. kami pun telah diperjelaskan bagaimana buruknya perangai UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka dan kami mahu menumbangkan UMNO di seluruh negara. Kami mahu menghapuskan semua bangkai yang bernama UMNO di mukabumi ni. Mustapha Mohamed masa di tanya tentang TPPA pun ternganga cam khinzir bodoh nak cakap banyak. semua orang tahu orang umno sendiri meluat kat di tok pa laknat ni

    ReplyDelete
  2. Amboi, cantek nya bahasa demo. Laknat lah, apa lah. Mana budi pekerti islam kamu. Budi Bahasa melambangkan iman kamu. Terlajak perahu blh di undur gu. Hati hati dlm pertuturan

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.