Monday, 6 February 2017

PULAU BATU PUTIH : KJAAN TEMUI BUKTI BARU DAN SEDIA TUNTUT SEMULA..


SUMBER
SINGAPURA: “Fakta baharu” yang mendorong Malaysia memohon semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabansga (ICJ) berhubung Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh merujuk kepada 3 dokumen yang ditemui di National Archives of the United Kingdom.
Dalam siaran media melalui laman sesawangnya pada Jumaat, ICJ berkata, dokumen itu termasuk surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan sebuah peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari 1960-an.
Katanya, dokumen berkenaan ditemui di National Archives of the United Kingdom antara 4 Ogos 2016 dan 30 Januari 2017.
Menurut ICJ, Malaysia mendakwa dokumen berkenaan membentangkan fakta baharu mengenai pegawai tertinggi dalam pentadbiran tanah jajahan Britain dan Singapura memperakukan Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh tidak menjadi sebahagian daripada wilayah berdaulat Singapura dalam tempoh berkenaan.
“Malaysia menegaskan mahkamah itu pasti mencapai kesimpulan berbeza mengenai persoalan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Puteh sekiranya ia dimaklumkan tentang wujudnya bukti baharu ini,” katanya.
ICJ berkata, merujuk syarat lain berhubung Perkara 61, Malaysia juga menegaskan fakta itu tidak diketahui Malaysia atau mahkamah itu ketika penghakiman mengenai kes berkenaan diumumkan kerana ia hanya ditemui ketika menyemak kembali fail arkib pentadbiran tanah jajahan, setelah arkib itu mendedahkan kepada umum bahan itu selepas penghakiman diumumkan pada 2008.
“Malaysia juga berhujah kegagalannya menyedari kewujudan fakta baharu itu bukan disebabkan kecuaian, tetapi kerana dokumen berkenaan merupakan dokumen sulit yang tidak boleh diperolehi pihak awam, sehinggalah ia dikeluarkan UK National Archives,” katanya.
ICJ berkata, Malaysia menegaskan permohonannya itu sejajar peruntukan Statut berkaitan pengaturan masa permohonan yang sudah ditetapkan.
“Ia menunjukkan permohonan itu dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas penemuan fakta baharu, memandangkan semua dokumen yang mengukuhkan fakta baharu itu hanya diperoleh pada atau selepas 4 Ogos 2016,” kata ICJ.
Menurut ICJ, Malaysia memohon mahkamah itu membuat penghakiman dan mengisytiharkan permohonannya untuk menyemak semula penghakiman pada 2008 diterima dan memohon mahkamah itu “menetapkan tempoh bagi membuat pertimbangan tentang merit permohonan berkenaan”.
Di Kuala Lumpur, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pasukannya terdiri daripada peguam, pegawai Jabatan Peguam Negara, beberapa profesor dan Queen Counsel terkenal yang dipilih dari United Kingdom serta beliau sendiri, memandangkan penghujahan secara lisan akan dilakukannya pada perbicaraan di ICJ, The Hague.
“Pada masa ini, kita sedang menunggu tarikh pengurusan kes dari ICJ, di mana pada akhirnya, tarikh perbicaraan akan ditetapkan,” katanya.
Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah milik Malaysia dan Tubir Selatan pula menjadi milik negara di perairan di mana pulau itu terletak.
Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh, Johor.

3 comments:

  1. SUNDAY, 5 FEBRUARY 2017

    TUNTUTAN SEMULA PULAU BATU PUTEH UNTUK TUTUP KELEMAHAN NASIONALIMSE NAJIB.
    ARAHAN PADA KETUA2 PENGARANG AKHBAR DAN TV3.
    Dapatkan reaksi sokongan rakyat terhadap tuntutan semula Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh.Dapatkan komen Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy, ketua-ketua bahagian UMNO,orang-orang kita di universiti-universiti termasuk ahli sejarah, NGO terutama Jaringan Melayu Malaysia.
    Jangan matikan isu ini, hidupkan dari masa kemasa hingga pilihanraya nanti. Utusan Malaysia boleh pakai berita ini dari muka satu hingga di tiap2 muka dalam.Dapatkan juga reaksi dari menteri-menteri dan juga kalangan pembangkang. Kalau mereka tak sokong besarkan.
    Yang benar,
    Pegawai akhbar sukarela

    Tiba-tiba Malaysia membangkitkan semula tuntutan Pulau Batu Puteh sebagai hak Malaysia setelah lapan tahun jatuh ke tangan Singapura atas ketidakcekapan, kelalaian dan kelemahan Wisma Putra.

    Adakah rakyat sedar kenapa Malaysia membangkitkan semula isu yang berkemungkinan menegangkan hubungan antara Malaysia dan Singapura yang hendak dirapatkan dengan keretapi laju.

    Percayakah anda bahawa ini suatu tuntutan yang ikhlas atau bertujuan untuk mengaburi mata rakyat yang mempunyai beberapa prasangka buruk terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib terutama dalam hubungan ekonomi dengan China.

    Rakyat harus melihat dari segi hakisan imej politik Datuk Seri Najib sebagai nasionalis negara dan ke Islamannya. Terkini Najib terlihat sebagai pengecut menghadapi humilation Presiden AS Trump terhadap orang Islam dan negara Islam hingga tak sepatah kata kecaman terkeluar dari lidahnya.

    Apakah wajar kerana tidak melibatkan negara Malaysia maka kita mendiamkan diri?

    Tentunya rakyat dapat memikirkan apakah reaksi Malaysia dalam hal ini sekiranya berlaku di era Mahathir Mohamed.

    Dalam masa yang sama rakyat terutama orang Melayu sedang dalam keadaan marah dan bimbang dengan pembangunan Forest City yang akan menenggelamkan Putrajaya ibu negara Malaysia yang beridentiti Melayu dan Islam.

    Dalam hal ini UMNO terlihat telah dibeli oleh MCA menerusi Duta Khas Malaysia ke China, Ong Ka Ting yang meyakinkan Najib bahawa masa depan Malaysia bergantung kepada China sebagai kuasa besar ekonomi.

    Dengan keupayaan besar bekas Presiden MCA ini membawa berbillion US$, penanaman modal China ke Malaysia tentunya akan membina semula keyakinan orang Cina Malaysia terhadap MCA dan mengancam pengaruh politik DAP.

    Najib berharap dengan membangkitkan semula tuntutan Pulau Batu Puteh ini yang akan memakan masa bertahun-tahun untuk pengurusan kesnya akan melupakan rakyat terhadap penyelewengannya dari nasionalisme Malaysia sehingga Pilihanraya ke-14.

    Bagi Najib yang penting ialah kemakmuran negara walaupun tanpa maruah kerana beliau amat berminat untuk menjadikan DUBAI yang maju dengan penanaman modal asing terutama pemodal besar Amerika Syarikat yang mengkayakan keluarga di raja Arab dan golongan bangsawan Arab dan bukannya rakyat biasa tempatan.
    Posted by zainudin maidin at 12:29

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes tuntutan Batu Puteh tidak sama dengan tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan. Batu Puteh Malaysia masih berhak untuk ulang bicara jika ada bukti baru sedangkan Sipadan dan Ligitan keputusannya adalah mengikat. Maknanya Indonesia kalah secara total bila ICJ mendaulatkan Malaysia ke atas kedua-dua pualu tersebut. Lalu salahkan jika Malaysia mendapat bukti baru mohon ulang bicara?

      Delete
  2. Strategy pru..nak jadikan najib hero malaya..menang batu putih dan salahkan administration lalu..

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.