Monday, 13 February 2017

RUU 355 : PAS TEGUR DR ASRI KERANA CAKAP...

PAS menuduh Datuk Dr Asri Zainul Abidin “mengelirukan umat Islam”, selepas mufti Perlis itu semalam mempersoalkan beberapa hujah penyokong undang-undang syariah dan hukum hudud di Malaysia.
Dalam responsnya, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali turut menasihati Asri supaya tidak membawa apa yang dipanggilnya “pandangan songsang” selaku seorang mufti.
“Janganlah berdiri sebaris dengan golongan berfikiran liberal yang berusaha memandulkan sebarang usaha memperkasakan agama Allah,” katanya.
Semalam, Asri ketika bercakap di forum hudud anjuran sebuah pertubuhan tajaan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, mengkritik penyokong undang-undang syariah yang menganggap pelaksanaan hukum hudud akan menunjukkan “keindahan Islam”.
“Apa yang salah sekarang ini kita beri gambaran pada dunia apa yang kita katakan keadilan, apabila dipotong tangan pencuri, disebat orang berzina, minum arak maka terlaksana keindahan Islam.
“Ini gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompok manusia termasuk IS. Tindakan itu hanya membenarkan dakwaan Presiden Amerika Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas,” kata Asri pada forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud”, anjuran Angkatan Amanah Merdeka.
Menurutnya, wujud segelintir pihak memperjuangkan isu hudud demi kepentingan politik, bukannya atas kecintaan terhadap agama.
Beliau turut melahirkan kebimbangan pelaksanaan syariah di Malaysia akan gagal seperti mana beberapa negara Islam lain seperti Pakistan dan Sudan.
SAMBUNG

2 comments:

  1. Sapi Betina (Al-Baqarah):178 - Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih.

    Sapi Betina (Al-Baqarah):179 - Dan dalam qishaash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.

    Berhubung pandangan dr asri ... ada kebenarannya.... perlu ada suasana kondusif dlm teruja kita mahu laksana hudud. Mungkin yang dimaksudkan Dr adalah dalam ayat 177 ...ayat sebelumnya. Apakah suatu kebetulan  ayat 177 mendahului  178?

    Sapi Betina (Al-Baqarah):177 - Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. MEREKA itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

    Sejauh mana pemahaman kita tentang al quran dan sunnah? Hudud , solat, puasa? Apa itu iman?

    Andaikata masyarakat kita telah terdidik spt ayat 177 ... pastilah kita dapat membendung apa yang disebut dalam ayat 178...  Semoga kita sama2 berusaha menjadi MEREKA.

    ReplyDelete
  2. Masaalah nya kenapa baru hari ini dia menegur Pas sedemikian rupa.Kenapa tidak dulu.Isu hudud ni begitu tegar dibawa oleh Allahyarham Datok Nik Aziz dan begitu lama dimainkan manakala Asri juga bukan sehari dua ni hidup sudah lama dan pernah pun menjawat jawatan mufti Perlis sebelum ini.

    Tapi seingat kita tak pernah pun mendengar dia menegur Pas lebih-lebih lagi Datuk Nik Aziz sekeras ini.Adakah kerana malu alah kepada Nik Aziz atau kerana masa itu Pas berada dalam blog pakatan.

    Jadi di sini kita pun tak tahu siapa sebenar nya yang benar-benar mengeliru kan.Tapi yang nyata yang benar-benar terkeliru dari isu ini ialah rakyat jelata dari kalangan orang islam.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.