Wednesday, 8 March 2017

JIKA SPR AGEN UMNO/BN TAKKAN PEMBANGKANG BOLEH MENANG BESAR PRU 2008 / 2013 ?


kumpulan bersih dan azmin ali sudah buat politikal stunt.
kalau nak tau tanda-tanda pru, mudah.

bila pembangkang serang dan putar belit mengenai SPR, maknanya pru nak dekat lah ni.

propaganda pembangkang menjelang mana-mana pru adalah mudah difahami. mewujudkan salah faham di kalangan pengundi mengenai fakta berjelas, menutup apa yang SPR dah lakukan dan propagandakan persepsi yang pada hakikatnya sekadar bertujuan untuk membentuk 'salah mutlak' kepada SPR.

baru-baru ini tersebar foto di media watsap mengenai dakwaan pengerusi SPR dan SPR keseluruhannya adalah pembantu/agen umno dan bn . dakwa mereka SPR bersekongkol dalam memenangkan umno/bn pada pru ke 14 kelak.
PENGERUSI SPR KENA FITNAH ( BANYAK PAHALA DIA DAPAT )

tuduhan ini merupakan pemula kepada beberapa lagi siri kempen memburukkan SPR dan perjalanan pilihanraya itu sendiri.

sehari sebelum pengundian pilihanraya 2013, pembangkang menuduh terdapat 40 ribu bangla akan mengundi .

selepas itu pula, pembangkang menuduh ada usaha black out sewaktu proses pengiraan undi berlangsung.

keputusan pru 13 semua sudah ketahui. 

pembangkang bukan sahaja berjaya mengekalkan momentum kemenangan di parlimen, malah di selangor misalnya pembangkang berjaya menambahkan lagi beberapa kerusi dun.

bila menang besar, cerita 40 ribu bangla dan black out senyap.

dah takde kendengaran SPR agen umno dll.
dah takde kedengaran SPR agen bn.

bersih dan kerajaan selangor menuduh SPR melupuskan database 136,272 pengundi dan alamat mengundi mereka.

mereka kata SPR enggan jawap dan senyap.

HAKIKATNYA SPR dah masuk pun mahkamah untuk melawan dakwaan ini.

untuk SPR mengeluarkan kesemua bahan bukti di luar mahkamah adalah menyalahi dan melanggar proses mahkamah yang sedang berlangsung.

Cerita SPR telah menghilangkan data base 136,272 pengundi dan melupuskan dokumen alamat mereka. 

Sebenarnya 136,272 pengundi itu tetap ada, tak hilang kemana pun, cuma alamat mereka didapati tidak lengkap kerana tidak mempunyai nombor rumah tetapi hanya mempunyai alamat kampong atau jalan sahaja tetapi masih lagi berada di kawasan lokaliti sama. takyah kecoh-kecoh, pergi balik ke pejabat SPR dan update balik butiran peribadi dan kerajaan negeri selangor di persilakan untuk buat semakan di JPM atau di SPR..


kumpulan ini macam biasa melakukan pre emptive measure dengan mempropagandakan/mewujudkan dahulu situasi SPR sebenarnya sudah pun bersalah dan dijatuh hukum oleh mahkamah.

mengenai persempadanan semula dan isu 136,272 pengundi yang didakwa dighaibkan oleh spr, MAHKAMAH AKAN MEMBERIKAN KEPUTUSAN PADA 9 MAC INI.

dalam cubaan memburuk dan memfitnah ini juga, pihak sana telah mewujudkan cerita kononnya pengerusi SPR dan setiausaha SPR enggan hadir ke mahkamah .

bangang sungguh. 

SPR dah lantik pun peguam untuk lawan kes ni.
wakil jabatan peguam negara yang mewakili SPR.
keputusan pun bakal keluar 9 mac ini.
takda isunya SPR tak berani hadir ke mahkamah .

isu persempadanan semula bukan perkara baru, setiap 2 kali pilihanraya atau setiap 10 tahun memang ada peruntukan undang-undang untuk membenarkan SPR melakukan persempadanan semula.

kedudukan pertambahan penduduk, pertambahan kawasan baru dll mewajarkan persempadanan semula dilakukan.

seperti contoh parlimen shah alam yang dipecahkan 2 . kawasan parlimen barunya adalah parlimen kota raja. begitu juga dengan parlimen ipoh timur dan ipoh barat.

sebarang isu mengenai pengundi dan kawasan pengundian sudahpun diberitahu oleh SPR.

kempen semakan daftar pemilih secara fizikal dan online pun boleh dilakukan.

siri kempen pengundi baru yang dijalankan oleh SPR mendapat sambutan luar biasa anak muda.

pada suku ke 3 tahun lepas hampir 500 ribu pengundi baru didaftarkan.

manakala suku ke 4 tahun lepas, hampir 300 ribu pengundi baru didaftarkan.

ini tak termasuk berjuta lagi yang dah mendaftar sejak 2013 hingga 2016.

SPR AGEN BN/UMNO KATA PEMBANGKANG.

KALAU BEGITU SPR PUN AGEN PEMBANGKANG LAH KERANA PEMBANGKANG DAH MENANG BESAR PRU 2008/ 2013 ?





1 comment:

  1. Nanti mainkan isu dakwat. Dulu dia juga mintak, SPR dah buat. Bila SPR cadangkan baik buat biometrik, senyap pulak.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.