Wednesday, 15 March 2017

PROJEK HARTANAH DIJANGKA TERBENGKALAI JIKA CHINA HENTIKAN MODAL.

Pakar ekonomi menjangkakan berlaku lambakan projek hartanah terbengkalai di Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang susulan tindakan keras China terhadap pengeluaran modal.
Penganalisis Dr Hoo Ke Ping berkata langkah agresif China terhadap modal akan menjejaskan pemaju hartanah – tempatan dan antarabangsa – yang menyediakan rumah untuk pembeli dari China.
“Warga China yang membeli rumah tetapi belum habis membayarnya mungkin tidak dapat berbuat menyelesaikan bayaran,” katanya, dan menambah bank pusat China mungkin memaksa sesiapa yang membeli rumah di luar China perlu menghabiskan pinjaman.
“Malah jika pembeli China diperlukan membayar 20% daripada projek itu dan mereka tidak dapat terus membayar ansuran dan tunggakan, pemaju akan berdepan masalah aliran tunai.
“Apa yang pasti ialah tidak akan ada jualan baharu. Jadi ada kemungkinan besar projek yang menyediakan rumah untuk warga China akan akhirnya terbengkalai,” katanya.
Hoo berkata walaupun pemaju China seperti Country Garden – yang membangunkan projek besar Forest City di Johor – mencari pembeli luar negara lagi untuk mengisi kelompangan ditinggalkan warga China, ia akan menjadi satu tugas sukar.
“Mereka dari Timur Tengah tidak mungkin akan mengisi kekosongan itu memandangkan harga minyak semasa yang rendah sementara warga Eropah dan Australia tidak menunjukkan minat untuk ke Malaysia secara besar-besaran, selama ini,” katanya.
SAMBUNG

2 comments:

  1. Dia ni semua dia cakap...dulu dia la yang cakap ekonomi Malaysia akan lebih teruk, jangan beli property, dia juga la yang cakap harga kelapa sawit takkan naik lagi dah...sekarang semua yg dia cakap hanya tipu belaka...jangkaan meleset...hal ekonomi ni tak ada siapa pon dalam dunia boleh ramalkan..macam2 boleh berlaku...sebab dia cuma pandai cakap "KALAU"...kalau ni bila dh jadi baru cerita laa....

    ReplyDelete
  2. Zaman Tok Kaduk,PENGANALISIS disebut sebagai NUJUM PAK BELALANG ATAU TUKANG TELEK. JANGAN PERCAYA SANGAT.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.