Wednesday, 8 March 2017

TERBAIK SPRM ! KASI CUCI HABIS...


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus melipatgandakan usaha memerangi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V kelmarin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata agensi itu juga bertekad untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan seiring dengan titah baginda.

"Sebagai satu-satunya agensi penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memerangi rasuah di negara ini, SPRM akan memastikan titah Seri Paduka terlaksana sepenuhnya menggunakan segala kemampuan yang ada," katanya dalam
kenyataan semalam.

Sultan Muhammad V dalam titah baginda ketika perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat, menzahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat kerajaan yang melibatkan penjawat dan bekas penjawat awam.

Seri Paduka bertitah walaupun kegiatan itu dilakukan segelintir mereka yang terbabit, namun ia menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Menurut Dzulkifli, SPRM menjunjung titah Seri Paduka sebagai satu cabaran untuk SPRM melaksanakan tugas memerangi rasuah dengan lebih komited dan efisien.

Sehubungan itu beliau berharap rakyat Malaysia khususnya seluruh jentera kerajaan untuk bersama-sama tanpa kompromi, berganding bahu bersama SPRM untuk melaksanakan titah baginda.

- Bernama

3 comments:

  1. Penjawat awam sbg penerima rasuah. Mesti ada pemberi rasuah sebagai timbal balik. Golongan tu pun mesti kena tangkap sekali.

    ReplyDelete
  2. Saya nak bertanya dgn mana2 pihak yg mengetahui perjanjian sebenar kementerian pndidikan era tsmuhdin yasin dgn YTL ttg perkhidmatan bestari.net.
    Dikhabarkan sekolah yg mggunakan perkhidmatan bestari.net membayar rm599 sebulan dgn pelan data cuma 2GB.Jika benar...mmg berat sblh perjanjian tersebut.
    Patut pon para guru mengadu perkhidmatan mrk sangat perlahan dan ada kalanya tiada langsung.
    Adakah ini satu lagi perjanjian bodoh dan bangang era tun mahathir yg menguntungkan waris..proksi dan kroni mrk spt perjanjian konsesi tol dan ipp.
    Harap ada yg berani mendedahkan pembaziran wang rakyat mll perjanjian berat sblh sebegini.


    ReplyDelete
  3. Tanya TS Yideen la

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.