Saturday, 18 March 2017

WAN AZIZAH KOMEN PASAL RUU 355 DAN KUASA YDPA


dah masuk seminggu sidang dewan rakyat berlangsung.

ekpektasi public adalah mengenai pembentangan RUU 355 oleh pas. ( terkini TPM bagitau BN sendiri akan bentangkan usul ).

dalam siaran luar ( ertikata ditanya wartawan di luar sesi parlimen ) wan azizah bagitau dengan nada ... RUU 355 ni apa ? makna kata apa benda ni, detailnya, isinya .

dalam sebarang sesi pembentangan usul oleh ahli parlimen, sebenarnya ahli parlimen lain boleh mintak mencelah.

mencelah dalam makna mohon diberi laluan untuk menyampuk isu lantas meleretkan isu kepada perkara lain ( ini biasa terjadi ).

sebenarnya peluang ini patut wan azizah gunakan untuk spark/cetus/mulakan pembahasan pendebatan RUU 355 .

makna kata, kacau line, kacau daun. usik kata orang.

cara wan azizah sampaikan diluar dewan ( dipetik pula oleh mkini ) nadanya sinis.

seperti skeptikal terhadap motif besar RUU 355 ini iaitu ( mencegah ).

minggu ini ada 2 orang bukan islam ( india ) telah dihukum gantung kerana tuduhan membunuh.. ( kes beberapa tahun lepas ) .. komen wan azizah.. maqasid syariah lebih baik..pulak .

pada masa sama dia perli RUU 355, pada masa sama dia puji kebaikan maqasid syariah.

azizah patut utarakan isu RUU 355 dalam dewan lah, tak molek pakai mkini.

dalam kenyataan terbaru pembangkang, mereka mendakwa trend pengundi terkini adalah pro oposisi. oklah begitu, sesiapa pun boleh keluar pandangan pelbagai.

jadi wan azizah tak perlulah takut akan berlakukan proses persempadanan semula ni.

tak kisah lah siapa yang YDPA lantik untuk nasihatkan proses persempadanan semula, kalau dah semua pengundi sokong pembangkang sebarang proses persempadanan semula tak beri kesan kan.

sebenarnya kesan persempadanan semula yang layak dilakukan mengikut lunas perlembagaan dan undang-undang telah banyak memenangkan parti yang berlandaskan campuran kaum seperti pkr dll.

( kalau dalam niaga, untung kasi senyap la rugi kasi bising )


No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.