Tuesday, 25 April 2017

PAS GEMPAK KUAT : TAKKAN SELANGOR JE, NEGERI LAIN MACAMANA ?


PAS sudah bersedia untuk “mengganggu” rancangan 1 lawan 1 pembangkang menentang BN di 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen di Selangor.
Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kerusi pembangkang lain bebas untuk dirampas jika tiada persetujuan pembahagian kerusi dicapai dengan PAS.
“Kita sedia bertanding di 45 kerusi DUN, 15 kerusi Parlimen jika tak terikat persetujuan 2013. Ini beri ruang kepada PAS bertanding mana-mana kerusi sebab parti lain akan bertanding di kerusi PAS jika tiada keputusan dibuat.
“Kita telah hantar calon-calon kita kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan,” kata Iskandar pada sidang media himpunan PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini.
Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Semua rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilaporkan belum membuahkan hasil, manakala usul memutuskan hubungan dengan PKR akan ditentukan pada muktamar 27 April ini.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.