Monday, 3 April 2017

TERBAIK : KENYATAAN SPRM KEPADA KETUA HAKIM YANG BARU.

SUMBER
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya Ketua Hakim Negara baharu Tan Sri Md Raus Sharif akan memacu badan kehakiman itu ke arah kecemerlangan.
Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata SPRM juga percaya Raus akan mampu memastikan badan kehakiman negara bebas daripada sebarang gejala rasuah.
“SPRM juga percaya beliau akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan bebas, berani dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata SPRM turut mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Ahmad Maarop, yang masing-masing dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan dan hakim besar Malaya.
Dzulkifli berkata SPRM berharap pelantikan baharu itu dapat memperkasakan lagi kerjasama SPRM dengan badan kehakiman negara yang sedia terjalin dalam usaha membanteras jenayah rasuah di negara ini.
Raus yang merupakan presiden Mahkamah Rayuan sebelum dilantik sebagai ketua hakim negara berkuatkuasa 1 April, menggantikan Tun Arifin Zakaria yang mencapai tempoh perkhidmatan 66 tahun 6 bulan.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.