Wednesday, 31 May 2017

LIM KIT SIANG CONTOH TERBAIK PEMIMPIN OPTIMAKAN KONSEP PERSEMPADANAN SEMULA .



bersih seolah-olah menyatakan persempadanan semula itu salah.
tambah mereka, persempadanan semula ini berat sebelah.

tapi bersih tak kata persempadanan semula ini juga ada termaktub dalam perlembagaan.
yang termaktub dalam perlembagaan mereka tak cerita, tapi gebang bab persepsi mereka cerita.

bersih kata persempadanan semula ini bakal menguntungkan BN.

kadang-kadang bila bercakap perlu rungkai balik senario dan kronologi sejarah pilihanraya.

nak bercakap mengenai siapa menang dan kalah, perlu belajar dan research data pola kecenderungan pengundi.

nak bercakap mengenai persempadanan pilihanraya siapa yang menang dan kalah kena tengok juga lokaliti dan kawasan geografi penduduk.

samada seperti contoh parlimen shah alam itu masih seperti 20 tahun lalu ATAU parlimen shah alam itu pada waktu ini sudah ada penambahan kawasan penduduk baru.

lim kit siang seperti contoh terbaik mengenai bagaimana konsep persempadanan semula ini TELAH MENGUNTUNGKAN BELIAU DAN DAP.

beliau bermula di pulau pinang.
siapa tak ingat projek tanjung 1 dan 2 beliau.

beliau secara indirectly nya menggunakan kesempatan isu persempadanan semula oleh SPR ini untuk MEMBERANAKKAN KAWASAN DAN PENGARUH DAP.

beliau bermula dengan ahli parlimen kota melaka. (1974 )
kemudian menjadi ahli parlimen petaling jaya ( 1978 )
kemudian menjadi ahli parlimen kota melaka semula sebelum memberanakkan kawasan ke parlimen tanjung ( 1986 ) dan menjadi adun padang kota ( 1990 ) 

pada tahun 2001 lebih kurang , satu persempadanan semula kawasan telah dilakukan oleh SPR.

parlimen ipoh dipecah dua. ipoh timur dan ipoh barat.

2004 kit siang menang di parlimen ipoh timor dan kulasegaran dap menang di ipoh barat.

kini beliau menjadi ahli parlimen gelang patah.

jika diperhatikan kit siang menggunakan kelebihan persempadanan semula tiap 10 tahun oleh SPR untuk memberanakkan kawasan dan pengaruh dap.

melompat dari satu kawasan parlimen ke satu kawasan parlimen lain, kit siang juga telah melahirkan ramai 'anak buah' dalam dap yang menang menggunakan kawasan parlimen lamanya.

ingat lagi nama teo ni ching ?

bila bersih mendakwa persempadanan semula ini tidak adil, sebenarnya ianya menggambarkan KETIDAKCERDIKAN mereka dalam memahami situasi dan trend politik.

sebenarnya lebih banyak kawasan persempadanan semula dilakukan, maka lebih banyak kawasan campuran pengundi bakal berlaku. dalam situasi ini, parti yang biasa menang asasnya parti yang berkepalakan fahaman campuran antara kaum.




No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.