Wednesday, 24 May 2017

PEJABAT SPR DIPAGAR PEMUDA PEMBANGKANG ..( SPR DAH PUBLISH NAMA KAT 960 LOKASI LA SARIP DOL..)


pejabat spr sebentar tadi telah dipagar oleh pemuda pembangkang.
ini kerana mereka tak dapat sampaikan memorandum kepada SPR.

mereka mula menunjukkan siri contoh-contoh yang bakal dipertontonkan menjelang pru 14.

isunya mengenai rang daftar pemilih tambahan , lebih merujuk kepada senarai nama pengundi baru.

hakikatnya SPR dah wartakan/pamerkan  kat 960 tempat untuk parti politik melihat senarai yang baru.

https://www.themalaysianinsight.com/s/2775/


Suruhanjaya Pilihan Raya menerima 326, 905 permohonan pendaftaran bagi suku tahun pertama dengan 242,691 pendaftar baru dan 84,214 melibatkan pertukaran alamat bahagian pilihan raya, – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mei, 2017.


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mula mempamerkan senarai permohonan pendaftaran pemilih bagi tempoh suku tahun pertama selama 14 hari bermula esok di 960 tempat di seluruh negara.
Setiausaha SPR, Abdul Ghani Salleh berkata pihaknya menerima 326, 905 permohonan pendaftaran bagi suku tahun pertama dengan 242,691 pendaftar baru dan 84,214 melibatkan pertukaran alamat bahagian pilihan raya, sebagaimana dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
Beliau berkata, pemilih boleh membuat bantahan ke atas kemasukan nama individu lain dengan mengisi “Borang C” seperti terdapat dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT).
"Semasa tempoh pameran DPT itu, SPR juga mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar permilih.


Bagaimanapun menurut Ghani, pembantah tidak dibenarkan mengemukakan bantahan melebihi 20 nama mengikut sub peraturan 15(3) Peraturan Pilihan Raya (Pendaftar Pemilih) 2002. – 9 Mei, 2017."Antara asas SPR mengeluarkan nama daripada daftar pemilih adalah kerana mereka didapati tidak berhak terus kekal dalam daftar pemilih atas sebab tertentu seperti meninggal dunia atau lucut hak warganegara," katanya.




2 comments:

  1. samdol mula berlakon untuk pru nt

    ReplyDelete
  2. INI SATU PERBUATAN YANG SUNGGUH BIADAB DAN PIHAK BERKUASA WAJIB BERTINDAK KE ATAS PERBUATAN TERSEBUT. KEPADA BEKAS PENGERUSI SPR D RASHID, BOLEH DIANGGAP TIDAK MENGENANG BUDI AND NOT FIT TO BE APPOINTED TO THAT POST.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.