Wednesday, 31 May 2017

WALAUPUN BELUM BERSEDIA, PAS TAK PERLU BUSUK HATI DENGAN UMNO TRENGGANU.


Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, Umno menjadikan perbincangan isu pelaksanaan hudud oleh kerajaan Terengganu sebagai modal politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, Umno tidak seperti PAS yang sentiasa konsisten untuk menambah baik undang-undang Islam seperti rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
“Itu semua modal untuk hadapi pilihan raya untuk menyekat PAS (di Terengganu). Umno tak ada pendirian. Kalau nak buat, buatlah.
“PAS konsisten, bukan macam orang lain nak jadikan isu politik,” katanya kepada FMT sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang negeri itu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam mengenainya dilaksanakan.
Razif yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata, keputusan melaksanakan hukum hudud hanya akan ditentukan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya perlu mendapat persetujuan Sultan Terengganu.

2 comments:

  1. assalam. maaf ya!...PAS satu ajaran tarikat kepartian yg mengajar manusia bersyukur pd Allah TETAPI tidak bersyukur/terima kasih kpd manusia (KERAJAAN MALAYSIA HARI INI)..Ssedangkan dlm hadis Nabi saw bersabda "SIAPA YG BERSYUKUR PD ALLAH DIA PASTI BERSYUKUR PD MANUSIA".Nak dengar dlm ceramah2 mereka berterima kasih pd kerajaan hari ini sangat susah...MUNGKIN JUGAK ITULAH SIFAT SEMUA PARTI POLITIK HARI INI. orang kata POLITIK itu KOTOR...betul jugak kan..!Semoga PAS dpt bezakan kehendak AGAMA dgn kehendak PARTI..takbiir!

    ReplyDelete
  2. Umno dah lama berkuasa di Malysia tpi tak ada usaha bersungguh sungguh utk laksana hukum Islam. Bnyak dalih drpd dalil.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.