Monday, 12 June 2017

CADANGAN TIDAK DEMOKRATIK DARIPADA NGO BERSIH.


selama ini bersih dok mencanang sistem pilihanraya tidak adil.

daripada fitnah pengundi hantu dan 40 ribu bangla ( yang sampai ke hari ini gagal dibuktikan ) hinggalah memekak kepada perkara perkara leceh yang sebenarnya tidak ada apa-apa pun yang perlu di bisingkan.

kenyataan terbaru maria chin untuk menggesa SISTEM PENGUNDIAN UNDI POS DIHAPUSKAN merupakan satu lagi usaha tidak demokratik daripada bersih yang menafikan HAK PENGUNDI.

harus difahamkan undi pos ini lebih terarah kepada golongan wartawan, pelajar-pelajar di luar negara, staf kakitangan malaysia di luar negara yang tidak boleh/sempat balik disebabkan faktor kerja dan pelajaran.

menafikan hak puluhan ribu undi pos ini sebagai pengundi merupakan kerja anti demokrasi.

di kala mereka menuduh SPR tidak bersih ( tuduhan yang banyak kalah dalam mahkamah ) ...mereka juga merupakan pemula untuk bertindak tidak adil kepada pengundi undi pos.

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.