Thursday, 3 September 2015

AKHIRNYA KAMAL HISHAM BERJAYA DITAHAN.



JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan penahanan seorang peguam yang dikehendaki negara ini di Singapura, awal pagi tadi.     

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan penahanan peguam itu yang berusia 40-an, di republik itu dan akan dibawa pulang ke negara ini.   

Peguam itu dipercayai ditahan polis negara jiran kira-kira jam 10 pagi selepas polis antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran sebelum ini. 

Peguam terbabit dikehendaki polis sejak tiga tahun lalu kerana pembabitan dalam beberapa kejadian pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM660,000.

2 comments:

  1. pepatah melayu tepat..sepandai2 tupai melompat..akhirnya jatuh ke tanah juga..
    berani buat berani tanggung

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.... Allah Maha Berkuasa... tiada satu makhluk di alam semesta ini yang dapat mengatasi kebesaranNya... Allahuakbar....

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.