Tuesday, 1 September 2015

DEMI ANAK...LELAKI INI AKHIRNYA...



Hanya kerana gambarnya menjual pen menjadi viral di laman Twitter, seorang pelarian, Abdul, mendapat kutipan derma lebih dari RM300,000 dalam masa sehari hasil kutipan dari orang ramai menerusi laman derma indiegogo.com







Difahamkan, Abdul adalah seorang pelarian Palestin-Syria yang juga bapa tunggal kepada dua orang anak.

Gambarnya menjual pen jenama "Biro" sambil mendukung anaknya yang sedang tidur diambil di Beirut, Lebanon.

Gambar yang menceritakan kegigihan seorang ayah mencari sedikit wang untuk keluarganya itu berjaya dirakam oleh seorang aktivis, Gissur Simonarson. Setelah dimuat naik di laman Twitter, gambar itu mencetus perasaan terharu dan hiba pengguna twitter sehinggakan ia diretweet sebanyak beribu-ribu kali.




Gissur kemudian dihujani permintaan supaya menjejaki semula Abdul. Untuk tujuan tersebut satu hashtag, #buypens, diwujudkan sebagai usaha mencari Abdul.

30 minit selepas itu, seseorang menghubungi Gissur dan berkata dia mengenali dan selalu melihat Abdul di sekitar kawasan rumahnya setiap hari. Dengan bantuan dari individu tersebut, Abdul berjaya dijejaki semula.

Namun, usaha Gissur tidak berhenti begitu sahaja. Gissur memulakan satu kempen menderma bagi Abdul dan keluarganya di Indiegogo.com

Dalam masa satu hari, kempen tersebut berjaya mengutip derma sejumlah $74,907(RM312,849). Dan kini jumlah itu semakin meningkat dari masa ke masa. - Siakapkeli.my 

No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.