Wednesday, 16 September 2015

PROPA PERLU GILA BABI ( SABUN..SABUN..SABUN DI BILIK MANDI... )


PENUBUHAN PAN LUMPUHKAN PAS DI SELURUH NEGARA, KATA ANUAR TAHIR.

Lebih separuh PAS kawasan di seluruh negara kini mengalami kekosongan dalam pimpinan mereka akibat perpindahan kepada parti baharu dibentuk kumpulan serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah), kata Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir (gambar, kanan). 


Katanya, penghijrahan beramai-ramai daripada PAS kepada Amanah itu, yang terbesar ialah di Johor, di mana beliau mendakwa semua kecuali "satu atau dua" kawasan yang masih mempunyai pemegang jawatan mencukupi untuk meneruskan parti.


PAS kawasan, atau bahagian, adalah peringkat kedua parti dan dibentuk berdasarkan kawasan Parlimen.


Parti Islam konservatif itu mempunyai satu kawasan dalam setiap satu daripada 165 kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia dan beberapa kerusi di Malaysia Timur.

Anuar berkata, Johor mempunyai paling banyak Amanah bahagian, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran mengenai berapa banyak bahagian Amanah wujud di setiap negeri tetapi mendakwa keahliannya semakin bertambah.

"Sebagai contoh di Selangor, bahagian Kota Raja sudah mempunyai 1,500 ahli. Di Johor, PAS kawasan hampir lumpuh apabila pemimpinnya meninggalkan parti," Anuar memberitahu satu forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata berikutan penubuhan bahagian itu, Amanah akan membentuk cawangan, peringkat yang paling rendah dalam parti.


Amanah dibentuk bekas pemimpin progresif dalam PAS yang meninggalkan parti selepas hampir semua tersingkir pada pemilihan parti Jun lalu.
Langkah mereka itu menimbulkan kemarahan golongan konservatif dalam PAS, yang melabel mereka sebagai pengkhianat.

Parti baharu itu kini sedang berunding bagi membentuk sebuah pakatan dengan PKR dan DAP, berikutan terbubarnya Pakatan Rakyat. 

6 comments:

  1. Lawak2...berguling2 aku gelak...ada berani buat la himpunan seluruh negara nak tengok berapa ramai.

    ReplyDelete
  2. Itulah parasit yang menjadi barua sheikh ketum anu war al juburit yang berjaya masuk untuk merosakkan PAS dari dalam..bermula dari abim kemuadian menjadi pimpinan dalam PKR kemudian menyelinap masuk ke dalam PAS untuk melaksanakan ajenda yg ditentukan oleh sheikh al juburit laknatullah ... akhirnya ahli PAS dan pimpinannya didedahkan wajah seekor munafik !!!!

    ReplyDelete
  3. Naper warna rasmi parti Mat Sabu ni jingga atau oren yer? Macam colour Parti Makal Sakti plak..haaa

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH PAN

    MERAH BANGSAT lemah di KL. Tiada sambutan si MERAH BANGSAT, kik kik kikkkkkkk kikkk kikikikikkkkkk....

    ReplyDelete
  5. Bagus arr 2...itu arrr rupanya keadaan pas dulu yg liberal dan condong ke dap....moga selepas ini pas kembali menjadi parti islam yg sebenar....

    ReplyDelete
  6. PAS dan PANtart Anchor.

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.