Wednesday, 30 September 2015

UMAT ISLAM WAJIB PERTAHAN JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG !


 Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan minta maaf atau menarik balik khutbah Aidiladha yang didakwa memfitnah DAP.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya merupakan nasihat kepada umat Islam supaya bersatu.

“Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah,” tegasnya.

“Kita tak akan tarik balik khutbah. Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam,” katanya, lapor portal Antarapos.

Abdul Rahman membidas DAP kerana memberikan kata dua kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha itu.

Katanya, DAP sepatutnya memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar tentang Islam, misalnya hudud. Hudud sebahagian daripada Islam.

“Sepatutnya mereka (DAP) minta maaf dulu kerana mereka menyentuh hal-hal agama Islam. Sepatutnya mereka sudah lama minta maaf,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin DAP negeri dan Pusat menyuarakan tidak puas hati dan bantahan dengan kandungan khutbah itu yang didakwa memburuk-burukkan parti itu.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilaporkan berkata, pihaknya akan menyaman JAIP jika ia enggan memohon maaf dalam tempoh lima hari di atas kandungan khutbah Aidiladaha itu.

Menurut teks khutbah Jabatan Mufti Pahang itu, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza.

“Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti UMNO, Pas, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.

“Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam,” menurut teks khutbah itu.


Dalam mempertahankan teks khutbah itu, Abdul Rahman membayangkan bahawa ahli DAP yang beragama Islam yang mempertahankan campur tangan parti itu dalam hal kepentingan Islam boleh dianggap sebagai syirik.

“Bila duduk dalam sebuah parti bukan Islam, mereka akan mempertahankan apa saja walaupun telah dinasihatkan yang baik. Kita nasihatkan orang Islam supaya bersatu. Apakah itu salah?,” katanya.

Abdul Rahman juga tidak gusar dengan ugutan DAP untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kita ada satu peraturan (iaitu) apa-apa fatwa yang dikeluarkan mufti tidak boleh dibawa untuk tindakan undang-undang. Kalau sesuatu perkara itu menepati syarak, tak ada sebab (diambil tindakan) dan kita bersedia untuk menerima apa-apa tindakan,” tambah Abdul Rahman.

“Terpulanglah kalau mereka (ahli DAP beragama Islam) nak cuba cabar agama Islam sendiri, institusi agama Islam sendiri,” lapor portal itu lagi.  - FMT

9 comments:

  1. Pemimpin DAP takut nak saman nti dituduh rasist so guna barua2 melayu dlm Dapigs utk saman Jab Ugama Islam Pahang. Rakyat tak bodohlah bangsat dapig, ini membuatkan orang2 melayu makin membenci parti komunis Dapigs. Ayuh mari kita pertahankan maruah Islam.

    ReplyDelete
  2. saya sungguh terkejut yang beri kata dua itu melayu,mungkin islam.dimana iman orang itu agaknya. khutbah tempat dimana nasihat diberi kepada jemaah, agar sentiasa berada jalan yg diredhai Nya.keadaan sekarang ini melayu islam yg berpecah belah disebabkan politik.jika kita berpecah dimana kekuatan islam itu nanti.adakah DAP akan menegakkan dan mempertahankan islam.terang-terang mereka memusuhi islam.heran ada orang melayu (ada yg terpelajar) menyokong parti yg menentang islam .jadi orang melayu mesti bersatu .balik ke asal ,pastikan kuasa melayu terus menerajui melaysia ini agar islam itu terjaga di bumi melayu ini.ini pun tak boleh fikir ke ?.

    ReplyDelete
  3. tengku zulpuri tu pulak umat apa ek. bukan nak bela jaip, malah nak saman lagi... aduyaiiiii, parah sungguh.

    ReplyDelete
  4. a sudah di capai.mereka akan humban kita bagai sampah.Ingatlah saudara Islam ku semua.Hendaklah kita saling berpesan kepada kebaikan and menjauhi kejahatan.

    ReplyDelete
  5. DAP bukan sebuah parti yang sah sekarang kerana masih tidak laksanakan arahan ROS. DAP tidak boleh bertindak atas nama parti kerana statusnya tidak sah dari segi undang-undang.

    ReplyDelete
  6. nampaknya ukuwah islamiyyah nak diperkuat lagi...

    ReplyDelete
  7. Masya Allah.. Semoga malaysia selalu dalam perlindungan Allah...

    ReplyDelete
  8. Thanks ya, ane cuman nitip backlink doang kok

    Penyebab Tanah Longsor

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.