Kehadiran Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Khairudin Aman Razali ke sidang media deklarasi rakyat yang digerakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah berdasarkan keizinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat oleh Abdul Hadi atas pertimbangan perhubungan politik yang dilihat wajar.
“Tindakan ini sebenarnya menelusuri peta besar dan "road map" yang telah dilakar dengan teliti oleh PAS untuk terus menerajui gerakan perubahan total dalam negara tercinta ini.
“Berasaskan prinsip Amal Jamaei, Presiden mempunyai hak (hak Amal Jamaei dan hak Perlembagaan parti) untuk membuat keputusan segera dalam situasi tertentu yang dirasakan perlu untuk kepentingan parti dan mencongak strategi semasa meskipun secara makronya dilihat berbeza dengan keputusan awal parti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
sumber
betul-betul parti munafik, depan cakap lain, belakang buat lain...
ReplyDeleteTak Faham.
ReplyDelete