Friday, 21 July 2017

BILA MAHKAMAH RAYUAN PUTUSKAN SPR MENANG.


2 keputusan mahkamah rayuan selang sehari.

pertama merujuk kepada kes persempadanan semula negeri melaka.
kemudiannya keputusan mahkamah rayuan untuk kes di selangor.

dalam keputusan bersejarah ini, mahkamah rayuan telah memihak kepada SPR untuk mengenepikan keputusan mahkamah tinggi ( melaka/selangor ) untuk tidak membenarkan SPR melakukan persempadanan semula di melaka dan selangor.

pada minggu pertama hari raya, azmin ali dengan bangga bagitau beliau dokong keputusan mahkamah tinggi shah alam untuk tidak membenarkan proses persempadanan semula dilakukan di selangor.

azmin kata ini kemenangan rakyat.

bila mahkamah rayuan 2 hari lepas umum SPR boleh teruskan proses, harap azmin ali pun boleh cakap ini kemenangan rakyat.

dalam kes melibatkan SPR dan lawannya bersih, semuanya di anjak dan diheret ke mahkamah.

ini proses demokrasi, sapa yang tak puas hati , heret SPR ke mahkamah. di pihak SPR pula, tiada masalah untuk mereka berlawan hujah.

mahkamah tempat terbaik untuk mencari solusi dan keputusan. bukan demo, bukan pagar pejabat, bukan baling cat, bukan propa tuduh macam2 tanpa bukti.

dulu bersih tuduh SPR masukkan puluh ribu nama baru ke dalam senarai pengundi kem askar di KL.

bila kita dedahkan penipuan dan spin, propa ni dah tak jalan.

keputusan mahkamah rayuan yang menyebelahi SPR dalam kes melaka dan selangor ini memanjangkan lagi siri senarai kemenangan SPR lawan bersih dalam mahkamah.

sebelum ini bersih heret SPR 6 kali dalam mahkamah.

kes sarawak SPR menang.
kes haris fadilah SPR menang.
kes nurul izah SPR menang.
kes maria chin SPR menang.
kes 7 pengundi tarik balik tuduhan SPR menang.
kes zairil pun kantoi.

harap terimalah keputusan mahkamah rayuan ini sebagai keputusan demokrasi.

2 comments:

  1. bro, agak-agaknya kenapa nak buat persempadanan semula? Jawab dengan jujur..tq

    ReplyDelete
  2. Diorang ni tak heret ke 'SPR' CEC DAP masuk court ke? Azmin tak nak try?

    ReplyDelete

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.